UMNO perlu bina kekuatan supaya dipilih rakyat – Utusan Malaysia

po_02.1.jpgAhmad Zahid Hamidi melaungkan ungkapan ‘Hidup UMNO’ semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh di Bagan Datoh, Perak semalam. – MINGGUAN/AIN SAFRE BIDIN

BAGAN DATOH 16 Ogos – UMNO perlu membina kekuatan menerusi usaha sendiri dan tidak mengharapkan keruntuhan pihak pembangkang untuk menjadi parti pilihan rakyat, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, kemelut politik yang berlaku dalam pakatan pembangkang di Selangor ketika ini merupakan kesempatan terbaik buat UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk membina kekuatan, namun bukannya bergantung kepada kebinasaan parti lawan.

Beliau berkata, UMNO perlu lebih kuat berbanding dahulu bukan sahaja disebabkan ia merupakan tulang belakang BN tetapi kerana perubahan drastik dalam politik negara.

“Walaupun pakatan pembangkang menghadapi kemelut bukan sahaja di Selangor tetapi di seluruh negara, ini kesempatan terbaik untuk UMNO dan BN memperkukuhkan parti.

“Namun kekuatan parti mestilah hasil daripada usaha ahli sendiri tanpa mengharapkan keruntuhan parti lawan. UMNO perlu diperkasakan dengan membina asas yang kuat tanpa mengharapkan kesusahan yang dialami oleh parti lawan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh di sini hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, untuk memperkasakan parti, pendekatan yang digunakan kini adalah menarik mereka yang pernah tidak berpuas hati terhadap UMNO dan BN sehingga menyertai pembangkang supaya kembali ke pangkal jalan.

http://m.utusan.com.my/Politik/20140817/po_02/UMNO-perlu-bina-kekuatan-supaya-dipilih-rakyat

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s