Ketua Polis Negara, Peguam Negara Ke Amsterdam Esok – Bernama


PUTRAJAYA, 14 Ogos (Bernama) — Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail akan berlepas ke Amsterdam, Belanda esok untuk siasatan lanjut dan hal-hal perundangan berhubung insiden pesawat MH17.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sementara pasukan siasatan akan berlepas ke Ukraine setelah gencatan senjata pihak Ukraine dan puak pemisah dilaksanakan semula.

“Ketua Polis Negara dan Peguam Negara ke Amsterdam semula untuk melanjutkan tugas-tugas sisatan dan menyelesaikan beberapa permasalahan perundangan jika ada,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini Khamis.

Semalam Parlimen Ukraine mengesahkan perjanjian dua hala, yang membenarkan penugasan pasukan dari Malaysia di lokasi kemalangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17.

Perjanjian itu membolehkan sehingga 90 petugas bukan tentera dari Malaysia untuk menyertai pasukan diketuai Netherlands dalam mempermudah tugas mencari mayat mangsa dan menjalankan siasatan seperti diperuntukkan dalam Resolusi 2166 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid turut melahirkan penghargaan kepada Ketua Polis Negara dan anggota pasukan penyiasat serta anggota forensik dalam menjalankan tugas di lokasi kejadian.

“Saya akan meminta kepada kerajaan untuk memberikan pengiktirafan tertinggi kepada Khalid serta anggota pasukannya yang menjalankan siasatan,” katanya.

Sementara itu, Khalid berkata segala penugasan ada risiko dan pihaknya sanggup menanggung risiko tersebut.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pertanyaan sejauh mana perjanjian itu menjamin keselamatan anggota pasukan penyiasatan.

— BERNAMA

 

http://www.bernama.com/

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s