MH17: Doakan Penyiasat Malaysia Ke Lokasi Nahas – mStarll

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta seluruh rakyat Malaysia mendoakan keselamatan petugas pasukan keselamatan negara dalam menjalankan siasatan di lokasi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 terhempas di Donetsk, timur Ukraine.

“Saya mohon para sahabat dan rakyat Malaysia keseluruhannya agar mendoakan kami dari KDN (Kementerian Dalam Negeri) dan PDRM (Polis Diraja Malaysia) agar selamat menjalankan tugas siasatan di lokasi kejadian di Ukraine.

“Dan semoga kami selamat kembali setelah selamat menjalankan tugas. Kami pohon doa restu agar semua berpihak kepada kami,” katanya dalam rakaman video di Kiev, Ukraine Sabtu.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika menghantar pasukan PDRM yang diketuai Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berlepas dengan keretapi dari Kiev ke Kharkiv, sejauh 500 kilometer pada Sabtu, sebelum meneruskan perjalanan ke Soledar, kira-kira 100 kilometer dari lokasi nahas.

Khalid yang mengetuai 68 anggota polis dari pelbagai unit berlepas ke Ukraine pada Rabu lepas untuk bersama pasukan keselamatan antarabangsa, termasuk Belanda dan Australia, bagi melakukan siasatan lanjut mengenai nahas penerbangan MH17, yang jatuh terhempas pada 17 Julai lepas.

Pasukan Siasatan Khas MH17 Malaysia terdiri daripada pegawai forensik PDRM, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan pegawai perubatan.

Penerbangan MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, dipercayai ditembak jatuh.

Khalid sebelum ini dilaporkan berkata pasukan itu juga akan mengawal lokasi nahas dan mengumpul bahan bukti termasuk barangan peribadi milik mangsa, serpihan bahagian pesawat dan cebisan tulang mangsa.

Sementara itu, Reuters melaporkan pada Sabtu bahawa serangan berhampiran kawasan MH17 terhempas bulan lepas memaksa pakar-pakar antarabangsa untuk menghentikan usaha mencari mangsa di satu bahagian lokasi kemalangan.

Bagaimanapun, gencatan senjata tempatan telah membolehkan mereka untuk bekerja tanpa halangan di bahagian utama lokasi itu, menurut Reuters.

Reuters juga berkata bahawa pakar-pakar antarabangsa yang bekerja dengan bantuan anjing pengesan telah menemui lebih banyak tinggalan mayat dan barangan peribadi pulih, untuk diuji.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2014/08/03/doakan-pasukan-malaysia/

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s