Malaysia Tidak Pernah Jalin Kerjasama Ketenteraan Dengan Hamas – Berita Semasa | mStar

PETALING JAYA: Malaysia tidak pernah menjalin sebarang kerjasama dengan dari segi ketenteraan dengan Hamas atau mana-mana pihak dari Palestin, tegas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata setakat ini hubungan dan kerjasama dengan Palestin sekadar diplomatik, perdangangan dan kebudayaan sahaja.

“Malaysia juga merupakan penyokong kuat pejuang Palestin dari segi moral dan bantuan kemanusiaan.

“Sokongan padu rakyat adalah kerana hubungan baik antara pemimpin Malaysia dan Palestin yang telah terjalin sekian lama dan ada kemungkinan ini menyebabkan pihak Israel tidak berpuas hati,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.

Tegas Zahid, agensi perisikan Israel, Shin Bet cuba merangka propaganda untuk mencemarkan nama baik Malaysia dengan tuduhan yang tidak berasas.

“Ini adalah percubaan untuk menutup malu mereka kerana gagal berdepan dengan pejuang-pejuang Hamas di Gaza.

“Israel perlu membuktikan dakwaan ini secara serius, kerana secara jelasnya tentera Israel telah melakukan serangan keganasan ke atas bumi Gaza yang sehingga kini telah mengorbankan 1,300 nyawa rakyat Palestin yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa,” katanya.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/08/01/zahid-hamidi-hamas/

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s