Zahid kecam serangan udara Israel terhadap penduduk Palestin

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengecam serangan udara yang dilancarkan tentera Israel terhadap penduduk Palestin di Semenanjung Gaza.Ahmad Zahid dalam kenyataan yang dikeluarkan mengajak umat Islam di negara ini bersatu mengecam keganasan Israel terhadap penduduk Islam Palestin dan mendoakan mereka diberi kekuatan.

“Saya menyokong penuh kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengecam semangat kemanusiaan di bulan Ramadan.

“Marilah kita bersatu mengecam keganasan terhadap saudara-mara kita di Gaza, semoga mereka diberi kekuatan untuk berhadapan dengan dugaan ini,” menurutnya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, bedilan bertubi-tubi tentera udara Israel ke atas Semenanjung Gaza yang memasuki hari keempat hari ini menyaksikan angka kematian mencecah 85 orang dengan semalam saja mencecah 32 orang terkorban.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ZahidkecamseranganudaraIsraelterhadappendudukPalestin/Article/?mutakhir=1

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: