Lapor polis secara atas talian jika mahu balik kampung

MELAKA 9 Julai – Orang ramai yang bimbang dengan keselamatan rumah mereka ketika ingin pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi kini boleh memaklumkan kepada balai polis berhampiran dengan mendaftar secara atas talian.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kaedah baharu itu diperkenalkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu orang ramai untuk memantau rumah mereka yang ditinggalkan kosong sepanjang tempoh cuti nanti.

“Kita lakukan ini adalah kerana keprihatinan atas keselamatan orang ramai yang akan meninggalkan rumah dan dan mereka berdaftar secara atas talian. Langkah yang diperkenalkan ini akan memudahkan balai polis berdekatan mengawasi rumah mereka daripada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Kementerian Dalam Negeri di Kompleks KDN, Ayer Keroh di sini hari ini. Yang turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye dan seluruh warga kerja di bawah kementerian serta agensi terlibat.

Beliau juga turut menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Daerah Jasin.

Mengulas lanjut Ahmad Zahid berkata, orang ramai hanya perlu memaklumkan butiran nama penuh dan alamat rumah apabila mendaftar secara atas talian bagi memudahkan polis membuat pemantauan.

Berhubung Ops Selamat yang akan dilancarkan tidak lama lagi beliau berkata, kordinasi lebih mantap melibatkan seluruh agensi di bawah kementerian akan digerakkan dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang melibatkan kematian.

Tegasnya, usaha bersepadu itu membabitkan PDRM, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurutnya, usaha bersepadu itu akan bermula seminggu sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri dan seminggu selepas itu.

Jelasnya, seramai 1,400 anggota dan pegawai JPAM akan bertindak sebagai paramedik bukan sahaja ditempatkan di kawasan berisiko kemalangan tetapi di beberapa lokasi lain iaitu di jalan alternatif untuk pulang ke kampung.

Sementara itu Ahmad Zahid berkata, beliau telah mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menyegerakan pemberian sijil kelahiran, Mykid dan Mykad kepada sembilan beradik yang abang sulungnya mati dipukul bapanya di Kampung Jawa, Alor Gajah baru-baru ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140710/dn_14/Lapor-polis-jika-mahu-balik-kampung#ixzz372gyjLhw
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s