KDN Atur Persiapan Untuk Program Pengecualian Visa

KUANTAN, 8 Julai (Bernama) — Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengadakan mesyuarat peringkat tertinggi dengan kementerian dan agensi berkaitan yang terlibat bagi Program Pengecualian Visa selepas ia dipersetujui Presiden Barack Obama ketika mengadakan lawatan di Malaysia baru-baru ini.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beberapa sistem yang bersesuaian dengan 37 negara yang diberikan pengecualian visa juga telah disusun.

“Ini disesuaikan juga dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditentukan oleh pemerintah Amerika Syarikat untuk melaksanakan antipemerdagangan manusia.

“Kami juga telah memperkukuh Majlis Antipemerdagangan Manusia. Datuk Paul Low Seng Kuan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan saya merupakan pengerusi bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sebuah restoren di sini Isnin malam yang turut dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Pahang merupakan negeri keenam dalam program lawatannya bertemu dengan pegawai-pegawai KDN peringkat negeri serta pemimpin setempat untuk menjalinkan kombinasi yang baik.

Mengulas lanjut tentang isu itu, Zahid berkata untuk mengelakkan Malaysia terus diletakkan dalam kelompok negara yang terkenal dengan pemerdagangan manusia, beberapa perubahan dan langkah termasuk memberikan penekanan terhadap Advanced Passenger Screening System (APSS) (sistem pemeriksaan penumpang) juga dilakukan.

Katanya Ketua Pengarah Imigresen Datuk Aloyah Mamat dan Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KDN (Datuk Wahab Mohd Yasin) juga akan mengadakan rundingan awal sebelum kehadiran beliau di Amerika Syarikat untuk memuktamadkan semua sistem yang harus diikuti oleh pihak Malaysia.

Pengecualian visa itu akan dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu dimulakan dengan para pegawai dari Malaysia diikuti dengan ahli perniagaan dan rakyat biasa atau pelancong.

Dalam lawatan Obama April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan terima kasih kepada presiden Amerika itu kerana bersetuju menimbang penyertaan Malaysia dalam Program Pengecualian Visa. Program Pengecualian Visa membenarkan warganegara negara peserta memasuki Amerika tanpa visa bagi tempoh selama 90 hari atau kurang.

Setakat ini, 37 negara adalah peserta program itu. Antara negara dari rantau Asia ialah Brunei Darussalam, Singapura, Taiwan dan Jepun.

— BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v7/newsindex.php?id=1052117

 

 

Gambar perasmian :

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s