Utusan Malaysia : Tiada kompromi Pengambilan Pengawal Keselamatan

dn_04.1.jpgAHMAD Zahid Hamidi (tiga dari kiri) bergambar ‘selfie’ bersama anggota-anggota pengawal keselamatan dalam Majlis Pelancaran Program Latihan Pengawal Keselamatan Bertauliah di Maktab Polis Diraja Malaysia, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, semalam. – MINGGUAN/AZLAN HADI ABU BAKAR

HULU SELANGOR 28 Jun – Semua syarikat kawalan keselamatan diwajibkan membuat pengesahan MyKad calon pengawal keselamatan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berkuat kuasa 1 September ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, calon-calon berkenaan perlu tampil secara fizikal di JPN untuk membuat pengesahan biometrik MyKad sebelum syarikat terbabit mengemukakan permohonan tapisan keselamatan kepada kementerian itu dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Ini bertujuan memastikan semua pengawal keselamatan tempatan adalah warga negara Malaysia dan merupakan pemilik kad pengenalan yang sah,” katanya dalam Majlis Pelancaran Program Latihan Pengawal Keselamatan Bertauliah (CSG) di Maktab Polis Diraja Malaysia, Kuala Kubu Bharu, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Presiden Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia, Datuk Shaheen Mirza Habib.

Ahmad Zahid menarik perhatian langkah itu susulan pelbagai isu yang timbul berkaitan industri kawalan keselamatan termasuk kualiti syarikat dan pengawal keselamatan, penggunaan pengawal keselamatan warga asing tanpa izin serta penggunaan kad pengenalan palsu.

Menurut beliau, kementerian tersebut tidak akan berkompromi dengan mana-mana syarikat kawalan keselamatan yang melanggar undang-undang dengan mengenakan tindakan tegas terhadap pihak terlibat.

Pada tahun ini, kata beliau, kementerian berkenaan membatalkan lesen lapan syarikat kawalan keselamatan dan memberi amaran terakhir kepada 25 syarikat lagi kerana melakukan pelbagai kesalahan termasuk menggaji pengawal keselamatan warga asing secara haram.

“Seramai 659 pengawal keselamatan warga asing haram juga ditangkap dalam operasi bersepadu di seluruh negara bermula 1 September tahun lalu sehingga 23 Jun lalu. Saya mengingatkan kepada mana-mana syarikat kawalan keselamatan yang masih menggaji pengawal keselamatan warga asing secara haram supaya menghentikan perbuatan ini atau berdepan dengan tindakan pembatalan lesen,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, bakal pengawal keselamatan warga Nepal pula diwajibkan menghadiri latihan pengawal keselamatan di pusat-pusat latihan terpilih di negara asal sebelum dibenarkan bekerja di Malaysia bagi memastikan kualiti dan kemahiran mereka sentiasa berada pada tahap terbaik.

Mengenai program latihan CSG yang bertujuan meningkatkan tahap pe­ngawal keselamatan dan kualiti industri berkenaan, Ahmad Zahid memberitahu, pihaknya menyasarkan kira-kira 10,000 pengawal kese­lamatan tempatan dilatih sehingga akhir tahun ini.

http://m.utusan.com.my/Dalam_Negeri/20140629/dn_04/Tiada-kompromi—Zahid

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s