PDRM Pantau Militan Didakwa Dari Malaysia – Ahmad Zahid

 

 

PUTRAJAYA, 27 Jun (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa melakukan pemantauan terhadap anggota militan yang didakwa berasal dari Malaysia melalui pelbagai sumber maklumat dan risikan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia merupakan usaha berpanjangan PDRM bagi memastikan Malaysia tidak dianggap sebagai sarang pengganas.

“Undang-undang sedia ada dan pemantauan yang dilakukan pihak polis terhadap militan dari Malaysia adalah usaha berpanjangan sama ada melalui intipan atau maklumat dari media sosial, Aseanapol, Interpol dan maklumat risikan dari negara jiran yang kononnya menerima militan ini,” kata beliau.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Wakaf Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2014 anjuran Kementerian Dalam Negeri di sini Jumaat.

Dalam pada itu Ahmad Zahid turut menasihatkan individu yang belum terlibat dengan kumpulan militan supaya memahami erti jihad yang sebenar dan tidak mudah terpengaruh dengan kumpulan yang merekrut militan.

“Kita tahu di Indonesia perkara ini berlaku. Mereka seolah-olah ada rumpun Nusantara sama ada daripada selatan Filipina atau selatan Thailand, Malaysia dan dan Indonesia yang berada dalam satu kumpulan.

Kita harap mereka yang belum terjebak dengan apa yang dipanggil sebagai jihad harus memahami makna jihad sebenarnya. Bukan tindakan membawa maut atau dengan mengebom diri sendiri,” katanya.

Sehubungan itu katanya peranan ibu bapa, sekolah dan badan bukan kerajaan juga amat diperlukan untuk menasihati anak-anak muda yang ingin terlibat dengan kumpulan militan.

Dalam perkembangan lain Ahmad Zahid berkata orang ramai diminta melaporkan kepada pihak polis jika terjumpa individu mencurigakan atau pihak tertentu yang disyaki ingin menculik kanak-kanak seperti yang berlaku akhir-akhir ini.

“PDRM sentiasa memantau jenayah ini yang dibuat oleh pihak tertentu yang mahukan wang,” katanya sambil meminta ibu bapa mengawasi keselamatan anak-anak.

— BERNAMA

 
 
 
 
Gambar Pelancaran Program Wakaf Al Quran di mana penyampaian sumbangan Agensi di bawah KDN untuk Wakaf Al Quran dan sumbangan kepada Palestin
 
ImageGambar Gimik Perasmian
 
 
 
 
 
Image
Agensi di bawah KDN dilantik sebagai rakan strategik kutipan dana wakaf Al Quran Peringkat Kebangsaan
 
Image
 
Penyampaian sumbangan wakaf kepada Palestin untuk pembangunan di Tebing Barat dan Gaza, Palestin
 
 

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s