Pihak Ketiga Tidak Urus Diskaun Saman Trafik – Mstar

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri tidak pernah melantik mana-mana individu atau syarikat untuk urusan seperti memberi diskaun atau kompaun kepada pesalah trafik.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan tawaran seumpama itu dan sebaliknya merujuk kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau menarik perhatian bahawa kira-kira 12,000 individu telah berdaftar dengan sebuah syarikat yang dikenal pasti kononnya menawarkan diskaun saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau PDRM.

“Harus diingatkan hanya PDRM sahaja diberi tanggungjawab menguruskan pengoperasian kesalahan trafik seperti yang diputuskan Jemaah Menteri,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kedai Tabuan Motors dan Bikers Club di sini, Sabtu.

“PDRM (pula) hanya pertimbang diskaun dan kompaun jika kerajaan putuskan pemberian (ini), dan PDRM tidak sama sekali memberi diskaun dengan cara menipu orang ramai,” tegas Ahmad Zahid.

Selain syarikat terbabit, dilaporkan terdapat juga laman sosial yang menawarkan perkhidmatan sama.

Ahmad Zahid berkata, perkara itu kini di bawah siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/06/07/pihak-ketiga-tak-urus-saman-trafik/

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s