Pagar keselamatan akan segera dibina – Utusan Malaysia

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
utusankelantan

dn_04.1.jpgAHMAD Zahid Hamidi meninjau operasi Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Bunga di Tanah Merah, Kelantan, semalam. – UTUSAN/ROSNI MASRI

TANAH MERAH 1 Jun – Kerajaan Pusat telah mengadakan perbincangan melibatkan beberapa agensi untuk membina segera pagar keselamatan di sepanjang Sungai Golok.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pada dasarnya kerajaan telah bersetuju membina pagar sepanjang 126 kilometer itu walaupun ketika ini kos dan tarikh pembinaannya belum ditetapkan.

“Perbincangan telah dibuat antara Kementerian Dalam Negeri, Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Spesifikasi pembinaan pagar itu akan ditentukan oleh JPS.

“Bagaimanapun semua itu tertakluk kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Kewangan untuk menentukan bila pelaksanaannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Bunga di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Aloyah Mamat dan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Menurut Ahmad Zahid, pembinaan pagar keselamatan di sepanjang Sungai Golok yang menjadi garis sempadan Malaysia-Thailand perlu disegerakan bagi membanteras aktiviti penyeludupan.

Katanya, pagar berkenaan juga penting bagi mengekang masalah penyeludupan dadah terutama pil kuda yang kini sangat membimbangkan dan begitu berleluasa di Kelantan.

“Setakat ini kerajaan belum menentukan kos pembinaannya lagi dan kita berharap kerjasama pintar antara pihak swasta dan kerajaan dapat direalisasikan untuk membinanya secepat mungkin.

“Terdapat beberapa syarikat swasta telah memberikan cadangan untuk membantu membina pagar berkenaan yang akan dilengkapi dengan sistem radar bagi menangani masalah penyeludupan dan pemerdagangan manusia terutama menerusi laluan tikus,” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid berkata, pihaknya akan menyelesaikan masalah koordinasi antara agensi penguatkuasaan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang kini mengambil alih tanggungjawab utama penjagaan sempadan itu.

“Kita akan selesaikan masalah koordinasi kerana agensi itu juga mempunyai peranan dan bidang kuasa tertentu dalam memastikan sempadan kita terkawal tanpa pembolosan,” kata

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140602/dn_04/Pagar-keselamatan-akan-segera-dibina#ixzz33SNTJn2u
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s