Kerajaan Setuju Bina Pagar Keselamatan Di Sungai Golok – Berita Semasa | mStar

JELI: Kerajaan pada dasarnya bersetuju untuk membina pagar keselamatan di sepanjang Sungai Golok di Kelantan sebagai satu daripada kaedah membanteras aktiviti penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pagar sepanjang 126 kilometer itu perlu dibina segera walaupun ketika ini kos dan tarikh pembinaannya masih dalam perbincangan.

Beliau berkata perbincangan telah dibuat antara KDN, Unit Pencegah Penyeludupan dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi tujuan itu dengan spesifikasi pembinaannya akan ditentukan JPS.

“Apa pun ia tertakluk kepada Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Kewangan untuk menentukan bila pelaksanaannya,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Bunga di sini, Ahad.

Setakat ini kos belum ditentukan lagi dan beliau berharap kerjasama pintar antara swasta dan kerajaan dapat merealisasikan pembinaannya secepat mungkin.

Ahmad Zaid berkata terdapat beberapa syarikat swasta telah memberi cadangan untuk membantu membina pagar berkenaan yang akan dilengkapi sistem radar bagi menangani masalah pembolosan terutama kawasan yang dikenali sebagai laluan tikus.

Katanya selain itu kementeriannya juga akan menyelesaikan masalah koordinasi antara agensi penguatkuasaan dan Angkatan Tentera Malaysia yang kini mengambil alih tanggungjawab utama penjagaan sempadan itu.

“Kita akan selesaikan masalah koordinasi kerana agensi itu juga mempunyai peranan dan bidang kuasa tertentu dalam memastikan sempadan kita terkawal tanpa pembolosan,” katanya.

Pada perkembangan lain, Ahmad Zaid berkata siasatan terhadap kes seorang anggota tentera yang melepaskan tembakan di Lahad Datu pada 28 Mei lepas telah dijalankan dan individu terbabit akan dikenakan tindakan undang-undang.

Dalam kejadian kira-kira 4.45 pagi itu, seorang anggota tentera dipercayai melepaskan beberapa das tembakan untuk meleraikan kekecohan yang berlaku di hadapan sebuah kedai dan tembakan itu mengakibatkan Lans Koperal Muhamad Fiffixezapey Mat Hussin, 28, cedera di dada dan meninggal dunia di Hospital Lahad Datu.

Dua orang awam turut cedera iaitu warga Indonesia berumur 31 dan 38 tahun yang bekerja sebagai penjaga kelab malam.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/06/01/bina-pagar-keselamatan-di-sungai-golok/

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s