Orang Melayu bakal tolak Dyana Sofya – Ahmad Zahid

Laporan Berita Utusan Malaysia :

TELUK INTAN 26 Mei – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi percaya orang Melayu akan menolak calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd. Daud ekoran pendiriannya secara jelas enggan me­nerima hudud iaitu hukum yang tidak boleh ditolak di dalam Islam.

Beliau berkata, strategi DAP meletakkan Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang itu bagi menarik sokongan Melayu tidak akan berjaya, malah bakal menyebabkan penduduk tempatan semakin jauh daripadanya.

“Calon itu mengatakan jika menang, beliaulah yang akan menolak hudud sedangkan perkara itu adalah hukum qat’ie yang tidak boleh ditolak.

Bagaimana orang Melayu secara jelas menolak hudud kerana akhirnya orang itu menolak hukum Islam.

“Kesilapan itu tidak disedari oleh DAP dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga terjebak dengan strategi yang salah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bersama pemimpin di Kampung Durian Sebatang di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengerusi SPNB, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad dan Presidennya, Datuk Dr. Kamarul Rashdan Salleh.

Dalam majlis tersebut, Ahmad Zahid turut menyampaikan surat tawaran dan kunci Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia kepada beberapa penduduk kampung tersebut yang tinggal sehelai sepinggang setelah kejadian kebakaran besar berlaku pada 30 Mei 2011 sehingga mengakibatkan kerugian lebih RM300,00.

Ahmad Zahid diminta me­ngulas kenyataan Anwar kepada penduduk kampung berkenaan malam tadi yang antara lain meng­uar-uarkan pencalonan Dyana Sof­ya memberi peluang kepada penduduk di situ untuk mendapatkan calon Melayu.

PRK Teluk Intan yang akan berlangsung pada Sabtu ini menyaksikan persaingan satu lawan satu antara calon BN, Datuk Mah Siew Keong menentang Dyana Sofya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menegaskan, Barisan Nasional (BN) merupakan parti pelbagai kaum dan tidak memilih calon berdasarkan bangsa kerana mempunyai 13 parti komponen yang membentuk perikatannya.

 

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140527/po_03/Orang-Melayu-bakal-tolak-Dyana-Sofya—Ahmad-Zahid#ixzz32slW29pd
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s