Pengundi Cina sokong calon BN #PRKTelukIntan – Utusan Malaysia

Berita :

TELUK INTAN 19 Mei – Peluang Barisan Nasional (BN) untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei ini me­nunjukkan tanda positif apabila calonnya, Datuk Mah Siew Keong semakin mendapat sokongan daripada pengundi-pengundi Cina.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini sejajar dengan perubahan sokongan kaum itu kepada BN seperti dalam PRK lain sebelum ini.

Menurutnya, faktor calon tempatan yang tahu apa kehendak penduduk di situ menjadi kelebihan buat Siew Keong untuk memastikan kemenangan BN.

Saya yakin akan berlaku perubahan sokongan masyarakat Cina kepada BN dalam PRK di sini se­perti PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang di Selangor. Malah, analisis terkini yang kita peroleh menunjukkan pengundi Cina menaruh kepercayaan dan harapan yang tinggi terhadap calon BN ini.

Saya yakin dengan jumlah 50 peratus pengundi di kawasan bandar dan selebihnya di luar bandar, ini akan menjadi kombinasi perubahan untuk pe­ngundi membuat keputusan memilih BN,” katanya selepas majlis ramah mesra bersama pengundi di Pekan Baru, di sini hari ini.

PRK Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertan­dingan satu lawan satu antara Siew Keong yang mewakili BN dengan calon DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud.

Ahmad Zahid yakin senario berbeza bakal berlaku dalam PRK ini setelah Siew Keong kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Menurutnya, pada PRU lalu, beliau sendiri meramalkan Siew Keong akan menang tetapi akhirnya tewas kerana sentimen yang tidak memihak kepada BN.

Sebagai Presiden Gerakan, sudah pasti ada pertimbangan tertentu terutamanya dari segi pembangunan dan kemudahan yang akan dibawa di kawasan ini jika beliau diberi mandat sebagai wakil rakyat di sini,” ujar beliau.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140520/po_04/Pengundi-Cina-sokong-calon-BN—Zahid#ixzz32ENVAWpv
© Utusan Melayu (M) Bhd

1 Comment

Filed under Isu Semasa

One response to “Pengundi Cina sokong calon BN #PRKTelukIntan – Utusan Malaysia

  1. usin

    jangan yakin dengan analisis yang diperolehi itu ds. siapa yang jalankan analisis tersebut? bagaimana analisis tersebut dijalankan? soal selidik pada ketika menjelang pilihanraya tidak menggambarkan rasa hati dan suara hati sebenar pengundi. pengundi cina tidak akan menzahirkan rasa hati sebenar kerana mereka sedar bahawa pemerintah pusat adalah bn, maka jawapan kepada soal selidik adalah condong kepada bn. dengan jawapan itu mereka harap akan dapat sesuatu daripada bn. mereka adalah golongan oportunis. nilai sebenar pengundi cina hanya boleh didapati selepas prk ini. perlu juga ds fikir bahawa tukang salur maklumat ini hanya ingin menyedapkan telinga sahaja. kerja langsung tak buat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s