LAWATAN KERJA MENTERI DALAM NEGERI KE VIETNAM

(13 – 16 MEI 2014)
________________________________________

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengeluarkan kenyataan berikut:

• Menteri Dalam Negeri, YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, sedang berada di Vietnam daripada 13 ke 16 Mei 2014 bagi tujuan lawatan kerja untuk membincangkan isu-isu kerjasama keselamatan merangkumi hal pengurusan dan proses kemasukan pekerja Vietnam ke Malaysia.

• Semasa pertemuan dengan rakan sejawat beliau pada 14 Mei 2014, Menteri Keselamatan Awam Vietnam, TYT Jeneral Tran Dai Quang, kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) untuk mencegah dan membanteras jenayah rentas sempadan di Malaysia pada bulan Oktober / November 2014. Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk mengadakan rundingan tahunan di peringkat Menteri bagi memperkukuhkan kerjasama keselamatan termasuk isu kepolisan.

• Dalam mempertingkatkan kerjasama dari aspek pengurusan dan kemasukan pekerja Vietnam ke Malaysia, satu prosedur pelaksanaan menerusi penstrukturan kepada Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) di mana permohonan tenaga kerja asing akan dibuat melalui atas talian untuk mengelakkan elemen eksploitasi. Perkara ini akan dibincangkan lebih terperinci mengenai Foreign Workers Centralised Management System (FWCMS) oleh YB Menteri Dalam Negeri dengan Menteri Buruh Vietnam, TYT Pham Thi Hai.

• YB Menteri Dalam Negeri juga telah berkesempatan untuk bersama komuniti Malaysia dalam satu majlis Makan Malam yang dihoskan oleh Kedutaan Malaysia di Hanoi.

• TYT Hoang Binh Quan, Pengerusi Communist Suruhanjaya Pusat Hubungan Luar dari Parti Komunis Sosialis Vietnam, telah menghoskan satu Majlis makan malam bersama delegasi YB Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Naib Presiden UMNO dan beberapa ahli UMNO Pusat.

15 Mei 2014
KUALA LUMPUR

20140515-163737.jpg
YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Menteri Dalam Negeri dan TYT Tran Dai Quang, Menteri Keselamatan Awam Parti Sosialis Republik Vietnam.

20140515-163745.jpgMesyuarat bilateral Malaysia – Vietnam

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s