Atasi kebanjiran warga Myanmar – Utusan Malaysia

dn_14.1.jpgDr. Ahmad Zahid Hamidi (lima dari kiri) bersama wakil dari syarikat Bukti Megah Sdn. Bhd., dan Diamond Palace Services Co. Ltd., selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman di sebuah hotel di Nay Pyi Taw, Myanmar, semalam. Turut hadir Pengerusi Eksekutif Bukti Megah Datuk Abdul Halim Suleiman (enam dari kanan) dan Pengerusi Diamond Palace Services , U Thein Than (dua dari kiri). – BERNAMA

NAY PYi TAW 13 Mei – Kuala Lumpur dan Yangon bersetuju membuka pusat sehenti (OSC) bagi mengatasi masalah kehadiran hampir 290,000 rakyat Myanmar di Malaysia, termasuk lebih 64,000 pekerja haram.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketika ini terdapat lebih 144,000 pekerja Myanmar di Malaysia dengan sekitar 80,000 sahaja yang bekerja dengan permit sah.

Selain itu, terdapat kira-kira 120,000 rakyat Myanmar berada di Malaysia dengan memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) manakala lebih 20,000 lagi mempunyai kad UNHCR yang tidak rasmi.

Dalam pada itu, seramai 12,000 daripada jumlah semua itu, ada yang ditahan di 17 depot imigresen seluruh negara manakala kira-kira 838 rakyat Myanmar ditahan di dalam penjara Malaysia,” katanya di sini malam tadi.

Sehubungan itu katanya, pembukaan pusat berkenaan membuktikan kesungguhan Malaysia dan Myanmar dalam menyelesaikan masalah pekerja haram dari Myanmar agar tidak terus berlarutan.

Ahmad Zahid ditemui selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Program Kerjasama dalam Pendaftaran Biometrik, Pensahihan dan Penghantaran Pulang Pekerja Myanmar Tanpa Dokumen di sini semalam.

Memorandum tersebut ditandangani antara syarikat Bukti Megah Sdn. Bhd. dari Malaysia dan Diamond Palace Services Co. Ltd., dari Myanmar.

Majlis menandatangani berkenaan telah disaksikan oleh Ahmad Zahid dan Menteri Buruh, Pekerjaan dan Keselamatan Sosial Myanmar, U Aye Myint.

Menurut Ahmad Zahid, MoU itu bertujuan menyelesaikan masalah pekerja Myanmar yang bekerja tanpa permit di Malaysia, menghantar pulang pekerja Myanmar yang sudah mendapat dokumen kerakyatan tetapi tidak mempunyai majikan, dan memberi permit kepada pekerja Myanmar yang sudah mendapat dokumen kerakyatan dan sudah mempunyai majikan.

OSC itu juga akan membolehkan pengambilan pekerja baru dari Myanmar untuk bekerja di Malaysia selepas mendapat latihan yang sewajarnya, di samping memudahkan pengurusan serta menjamin perlindungan hak semua pekerja Myanmar.

Ahmad Zahid juga menambah, selain Myanmar, Malaysia juga telah membuka OSC dengan Nepal, Bangladesh, Indonesia, China, Filipina dan Kemboja.

Selepas berada di sini, saya akan ke Hanoi pula dengan matlamat yang serupa, mencari penyelesaian bersama terhadap isu pekerja tanpa permit dari Vietnam pula,” ujar beliau.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140514/dn_14/Atasi-kebanjiran-warga-Myanmar#ixzz31k4oXfnz
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s