Veteran UMNO perlu berperanan untuk terus relevan

po_02.1.jpgSEBAHAGIAN veteran UMNO yang hadir dalam Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Veteran UMNO 2014 di sebuah hotel di Kuala Lumpur, semalam. – MINGGUAN/HAFIZ JOHARI

KUALA LUMPUR 10 Mei – Realiti landskap politik negara ini yang pesat berubah dari segi demografi serta kaedah penyampaian maklumat menuntut Veteran UMNO supaya lebih berperanan dalam memastikan sumbangan golongan itu terus relevan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kini bukan masanya bagi golongan itu bernostalgia, berkecil hati atau meminggirkan diri seba­liknya, mereka perlu berperanan bersama pu­cuk kepemimpinan untuk me­­­ningkatkan kesiap­sia­gaan parti dalam men­depani cabaran-ca­baran politik mendatang.

Beliau berkata, golo­ngan veteran yang meliputi 800,000 ahli iaitu 40 peratus daripada kekuatan keseluruhan UMNO itu perlu terus membulatkan iltizam sebagai harakah perjuangan yang berkesan kepada parti.

Jangan tunggu UMNO memperjuangkan kita, tetapi kita yang memperjuangkan UMNO. Kita boleh bernostalgia, berkecil hati tetapi apakah ia membantu dalam menggamit sokongan generasi baharu? Bila berada di penghujung, perasaan kecil hati itu adalah perkara biasa.

Tetapi perkara yang penting adalah apa yang perlu kita sumbangkan untuk merelevankan diri dalam perjuangan UMNO ini? Ve­teran memiliki ilmu yang boleh disesuaikan dengan demografi baharu kini, mereka boleh berkongsi ilmu tentang kemerdekaan bagi me­ningkatkan patriotisme dalam kalangan generasi baharu.

Peranan veteran juga perlu relevan bersama-sama dengan kepemimpinan akar umbi dan Pusat untuk mengubah minda golongan sasaran yang telah berubah terutama berhubung persepsi. Peranan itu bagi menggamit soko­ngan daripada 3.2 juta pengundi baharu menjelang pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Veteran UMNO Ke-6 di sini hari ini yang turut dihadiri Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim; Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Pengerusi Veteran UMNO yang baharu, Tan Sri Tajol Rosli.

Mengulas lanjut Ahmad Zahid berkata, Veteran UMNO juga perlu menyedari hakikat bahawa 60 peratus kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) sememangnya berada di kawasan luar bandar tetapi pada masa yang sama, sebanyak 60 peratus pe­ngundi berada dalam bandar.

Kata beliau, landskap politik tersebut terpaksa dilalui UMNO kerana aspek demografi dan kependudukan masyarakat sudah berbeza pada ketika ini yang bererti minda dan corak pemikiran para pengundi sudah berubah.

“Dalam keadaan itulah berlaku stratifikasi sosial di mana corak pemikiran sudah berubah, cara kita berkomunikasi pun sudah berubah. Komunikasi bersemuka perlu diubah kerana non-verbal atau komunikasi tanpa lisan telah menguasai 87 peratus daripada seluruh sistem komunikasi,” katanya.

Sehubungan itu beliau menambah, Veteran UMNO perlu berpe­ranan terutama sebagai ejen perubahan sosial rakyat dalam memastikan cabaran-cabaran baharu itu dapat diatasi dan seterusnya memperkukuhkan sokongan rakyat terhadap parti.

Dalam pada itu Ahmad Zahid menambah, cadangan untuk menjadikan Veteran UMNO sebagai salah satu sayap parti akan dibawa ke perhatian pucuk kepemimpinan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140511/po_02/Veteran-UMNO-perlu-berperanan-untuk-terus-relevan#ixzz31PqoVXov
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s