Malaysia dilanda ‘Islamofobia’, jika tidak tahan anggota militan – Zahid Hamidi

je_02.1.jpgAhmad Zahid Hamidi beramah mesra dengan Kontinjen Imigresen Sarawak sambil diperhatikan oleh Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Aloyah Mamat (dua dari kiri) dalam Majlis Makan Malam di UKM, Bangi, malam tadi.

KUALA LUMPUR 3 Mei – Malaysia akan dilanda fenomena ‘Islamofobia’ dan ditakuti oleh masyarakat antarabangsa jika Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mengambil tindakan menahan kesemua ahli kumpulan yang terlibat dalam kegi­atan militan di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pe­nangkapan 11 individu yang dipercayai terlibat dengan kegiatan keganasan baru-baru ini antara lain bertujuan mengelakkan Malaysia daripada dikecam sebagai negara hab militan.

“Kita akan terus buru saki baki kumpulan ini tidak kira apa yang mereka lakukan sama ada di dalam atau di luar negara.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan lakukan bermacam cara untuk membebaskan Malaysia dari sebarang kegiatan militan,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Makan Malam Kejohanan Sukan Imigresen Malaysia di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi malam tadi.

Beliau berkata, pemberontakan secara ekstrem yang dilakukan itu hanya memberi imej yang negatif terhadap umat Islam khususnya rakyat Malaysia.

“Kita perlu tahu untuk membezakan jihad yang dituntut dalam Islam dengan amalan keganasan. Agama kita tidak pernah mengajar umatnya melakukan sebarang bentuk keganasan,” katanya.

Semalam Utusan Malaysia men­dedahkan puluhan rakyat Malaysia kini berada di bumi bergolak, Syria malah ada di antara mereka turut terbunuh ketika bertempur dalam perang saudara itu.

Ahli kumpulan itu turut aktif memuat naik beberapa keping foto dan video mereka yang kononnya sedang melaksanakan misi jihad di negara itu.

Zahid turut ditanya mengenai tindakan mereka yang bebas merekrut ahli yang rata-rata terdiri daripada golongan muda dan menghebahkan keganasan yang dilakukan menerusi media sosial.

“Saya fikir mereka akan pulang juga ke sini satu hari nanti memandangkan pasport mereka akan tamat dan pada ketika itu, mereka tidak boleh terlepas daripada undang-undang,” tambahnya.

“Pihak kami memang sentiasa memantau segala pergerakan mereka,” tambahnya.

http://m.utusan.com.my/Jenayah/20140504/je_02/Malaysia-dilanda-Islamofobia-jika-tidak-tahan-anggota-militan—Zahid-Hamidi

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s