Lokasi demonstrasi aman: Kerajaan negeri PR hipokrit – Agenda Daily

zahidhamidi1xx

Pemimpin-pemimpin pembangkang dalam Pakatan Rakyat (PR) yang kononnya sering memperjuangkan demokrasi, kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun sebenarnya boleh dikatakan hipokrit dan mengamalkan ‘double standard’, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid pada Isnin mendedahkan, kerajaan negeri yang dikuasai PR menolak pelawaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mewartakan lokasi perhimpunan di negeri masing-masing seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

“Melalui Akta Perhimpunan Aman (PAA) ini mengizinkan beberapa kawasan yang digazetkan untuk dijadikan tempat perhimpuna,”  jelas Zahid.

Sehubungan itu beliau menyelar kerajaan negeri di bawah PR kerana sering mahu mengadakan perhimpunan, tetapi enggan mewartakan lokasi kawasan berhimpun di negeri sendiri.

“Yang menghairankan negeri yang diperintah mereka (PR), apabila KDN meminta kawasan tertentu untuk digazetkan mereka sendiri menolak kawasan itu untuk digazetkan.

“Ertinya mereka pilih kasih dalam perkara ini,” katanya pada sidang media Bengkel Keadilan Jenayah Penyeludupan Manusia Asean kali ke-4 di Kuala Lumpur hari ini.

Zahid berkata, contoh terdekat bagi menggambarkan keangkuhan dan sikap hipokrit kerajaan negeri PR adalah Selangor yang enggan mewartakan Stadium Shah Alam sebagai lokasi perhimpunan dalam APA 2012.

Kata Zahid, ahli Parlimen PR sering kali dilihat gah berucap di Dewan Rakyat mengenai kebebasan bersuara serta hak berhimpun, namun apa yang dikatakan itu bercanggah dengan tindakan mmereka apabila berada di luar Parlimen.

“Saya ambil contoh Stadium Shah Alam sepatutnya digazetkan sebagai tempat untuk berhimpun tetapi tidak dipersetujui kerajaan PR negeri Selangor.

“Sedangkan kerajaan negeri itu yang dikuasai pembangkang beria-ia mendesak perhimpunan ini diizinkan, tetapi apabila kita meletakkan salah satu premis mereka sebagai premis perhimpunan, mereka tidak izinkan,” kata Zahid.

Terbaru, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin PR berkeras mahu mengadakan perhimpunan membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei ini di Dataran Merdeka walau ia mendapat bantahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana lokasi yang dipilih itu sedang menjalani kerja-kerja baik pulih dan menaik taraf.

Ia mendorong pihak polis, yang sudah berikrar tidak akan menghalang perhimpunan berkenaan selagi ia berlangsung secara aman mencadangkan lokasi lain, antaranya Stadium Merdeka, kepada pihak penganjur, namun ditolak mentah-mentah.

Jurucakap jawatankuasa protes GST 1 Mei, S Arutchelvan berkata, perhimpunan itu tetap akan diadakan di Dataran Merdeka meskipun ia ditutup untuk tujuan naik taraf.

Katanya, biarpun wujud kebimbangan pihak tertentu mengenai pembinaan yang sedang berjalan, namun perhimpunan itu akan diadakan di jalan bersebelahan padang.

“Kami fikir Dataran Merdeka adalah simbol kepada gerakan rakyat,” kata Arutchelvan.

Selain itu penganjur juga dilihat ‘liat’ untuk mematuhi Seksyen 9(1) APA 2012 yang mensyaratkan mereka perlu memaklumkan pihak polis secara rasmi mengenai perhimpunan yang hendak diadakan 10 hari sebelum ia berlangsung walaupun mahkamah memutuskan seksyen berkenaan tidak menyalahi Perlembagaan.

 

http://www.agendadaily.com/arkib/arkib-agenda-daily/berita-muka-hadapan/319-muka-hadapan/11413-lokasi-demonstrasi-aman-kerajaan-negeri-pr-hipokrit-zahid.html

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s