UMNO Online – KDN Tumpu Tiga Elemen Tangani Isu Keselamatan Terkini

PUTRAJAYA, 22 April – Kementerian Dalam Negeri memberi tumpuan kepada tiga elemen dalam usaha menangani isu keselamatan terkini, kata Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata elemen pertama adalah maklumat mencukupi kerana tanpanya sesuatu tindakan sukar dilakukan manakala keduanya adalah komitmen terhadap tugas oleh anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Elemen yang ketiga adalah aset dan peralatan…tiga elemen ini sangat penting dan bergantung antara satu sama lain dan kita di Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi keutamaan kepada tiga elemen ini dalam melunaskan penguatkuasaan undang-undang dalam negara,” katanya.

zahid-hamidi-kdn-menteri-dalam-negeri-rela-passport-paspot

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas ceramah bertajuk ‘Cabaran Keselamatan Awam Masa Kini’ disampaikan Felo Institut Keselamatan Awam Malaysia (Ipsom) yang juga bekas Ketua Polis Negara Tun Mohd Hanif Omar anjuran Ipsom di KDN di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Sementara itu mengenai penahanan pengerusi Jawatankuasa Masyarakat Awam Syiah Imamiyyah (Ja’fari) Mohd Kamilzuhairi Abdul Aziz semalam, Ahmad Zahid berkata Mohd Kamilzuhairi ditahan untuk disoal siasat kerana pertubuhan itu tidak berdaftar dan dengan itu majlis dianjurkan pertubuhan itu adalah tidak sah.

“Persatuan berkaitan syiah tidak pernah didaftarkan maka apabila sesuatu pertubuhan atau persatuan itu tidak pernah didaftarkan maka majlis yang dilakukan juga haram,” katanya sambil menambah terdapat kira-kira 3,000 pengikut syiah di Malaysia.

Semalam Mohd Kamilzuhairi ditahan polis di Taman Sri Gombak selepas Pendaftar Pertubuhan (ROS) membuat laporan polis berhubung kewujudan Ja’fari yang tidak berdaftar sebagai sebuah pertubuhan.

http://www.umno-online.my/?p=105296

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s