PDRM yakin latih 8,000 pegawai dan anggota baru ABN News

Oleh Azizi Sunip (journalist)

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sasaran melatih lebih ramai pegawai dan anggota polis akan dicapai melalui kerjasama pusat-pusat latihan polis tempatan dan antarabangsa.

Perkara itu dilaksanakan selepas kerajaan meluluskan pengambilan 8,000 pegawai dan anggota baru Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun ini dan akan datang.

“Pihak kerajaan telah meluluskan PDRM untuk melatih kira-kira 8,000 pegawai dan anggota polis pada tahun ini dan tahun-tahun berikutnya ini kerana 5,000 merupakan latihan baru 3,000 bagi mengantikan anggota polis yang sudah bersara,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Akademi Persatuan Polis Antarabangsa (Interpa) di sini hari ini.

Menurutnya, dalam usaha mencapai sasaran itu PDRM akan bekerjasama dengan Kementerian Pertahanan melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan dan beberapa agensi latihan lain dalam usaha menguatkan lagi pasukan PDRM.

“Kami akan menjalin kerjasama dengan Kementerian Pertahanan melalui Pusat-pusat latihan angkatan tentera seperti Pusat Asas Latihan Darat, Port Dickson dan ini adalah sesuai dengan langkah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS),” katanya.

Beliau juga yakin kerjasama antara PDRM dengan agensi latihan kepolisan antarabangsa seperti Interpa yang telah dilakukan sejak sekian lama akan meningkatkan lagi kemahiran dan kecekapan anggota polis di negara ini.

“Kita dapati dengan jalinan kerjasama antara pihak pusat latihan kepolisan dengan Interpa dan lain-lain institusi latihan dalam negara ini dan luar negara telah memperlihatkan peningkatan kepada tahap kecekapan dan kebolehan pegawai dan anggota polis kita,” katanya.

Seramai 110 peserta dari 46 buah negara menyertai persidangan empat hari itu dan 19 kertas kerja termasuk dua daripada Malaysia akan dibentang pada persidangan berkenaan.

Malaysia akan membawa kertas kerja bertajuk ‘Latihan Polis di Abad ke-21: Isu dan Cabaran’ yang akan dibentangkan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Datuk Shabudin Abdul Wahad.

Manakala Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan) SAC Zulkifli Mohamed pula akan membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Penggunaan Teknologi dalam Latihan Polis’.

Pautan : http://news.abnxcess.com/bm/2014/04/pdrm-yakin-latih-8000-pegawai-dan-anggota-baru/

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s