Latihan bersama melalui INTERPA penting untuk ke arah kepolisan moden

Latihan bersama melalui INTERPA penting untuk ke arah kepolisan moden
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima cenderahati dari Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sambil diperhatikan Presiden INTERPA, Prof Dr Remzi Findikli selepas merasmikan INTERPA di Hotel Pullman, Putrajaya, hari ini. – Foto Mohd Fadli Hamzah
PUTRAJAYA: Latihan bersama melalui Persidangan Akademi Persatuan Polis Antarabangsa (INTERPA) penting untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) menuju ke arah kepolisan moden, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, INTERPA juga penting dalam usaha PDRM mensiapsiagakan pegawai dan anggota supaya lebih terbuka dan mempunyai kemampuan untuk menggunakan aset dan kelengkapan moden.

“Kerjasama antara pusat latihan kepolisan di negara ini dengan institusi latihan antarabangsa membabitkan kolaborasi yang cukup baik dan di bawah INTERPA kita mengadakan kolaborasi dengan 40 negara, membabitkan 46 institusi latihan kepolisan seluruh dunia,” katanya dalam sidang media selepas pelancaran INTERPA kali ketiga di sini, hari ini.

Persidangan yang diadakan selama empat hari bermula hari ini di Hotel Pullman, Putrajaya membabitkan 110 peserta dari 46 buah institusi kepolisan dari 40 buah negara.

“Persidangan itu dijangka pada awalnya hanya akan disertai 80 peserta tetapi kerana keyakinan serta harapan yang tinggi terhadap kemampuan maktab dan pusat latihan polis di negara ini, jumlah peserta meningkat kepada 110 orang,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, melalui kerjasama di bawah INTERPA juga memperlihatkan peningkatan kecekapan anggota dan pegawai PDRM.

Sementara itu, bermula tahun ini, kerajaan sudah meluluskan supaya PDRM melatih 8,000 pegawai dan anggota polis termasuk 3,000 untuk menggantikan mereka yang bersara dan selebihnya latihan untuk anggota baru.
Latihan itu akan membabitkan kerjasama dengan Kementerian Pertahanan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dan akan diadakan di pusat latihan tentera. – BERNAMA

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/LatihanbersamamelaluiINTERPApentinguntukkearahkepolisanmoden/Article/?bh

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s