Berita Harian | Pemilik premis ada rangkaian, elak PATI ditangkap

Laporan Berita :
IPOH: Pemilik premis khususnya di pusat hiburan, rumah urut dan spa mempunyai rangkaian luas untuk mendapatkan maklumat awal mengenai Ops Bersepadu memburu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Fasa 3 bagi mengelak PATI ditangkap pihak penguat kuasa, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata pemilik premis bukan menerima maklumat berkenaan daripada pegawai jabatan atau agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Jabatan Imigresen menghadapi kesukaran untuk menjalankan operasi khususnya di premis berkenaan memandangkan PATI dapat melarikan diri sebelum operasi dijalankan, katanya kepada pemberita selepas menyertai operasi itu sekitar Ipoh di sini, malam tadi.

“Mereka (pemilik premis) mempunyai rangkaian, bukan soal kebocoran dalam kalangan pegawai, tetapi saya fikir mereka ini tercium bau operasi yang dijalankan. (Operasi) tahap (fasa) tiga ini sukar kerana melibatkan pusat-pusat hiburan, rumah urut, bukan mudah,” katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata Jabatan Imigresen khususnya di bahagian penguatkuasaan tidak berputus asa, malah akan terus menjalankan operasi itu.

“Saya tetap memberi semangat kepada pegawai-pegawai saya dan lain-lain agensi yang turut sama menjalankan operasi kerana ia (operasi) bukan tujuan untuk menzalimi atau menganiaya mana-mana pihak, tetapi kita tidak mahu mereka menggunakan pas lawatan sosial dengan melakukan kerja-kerja yang bertentangan dengan undang-undang negara ini,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata 10,399 PATI ditangkap menerusi 1,644 operasi yang dijalankan pada 21 Jan hingga 16 April lalu.
“Antara lokasi operasi yang dijalankan di rumah kongsi, tapak pembinaan, premis perniagaan, restoran, kilang, rumah urut dan pusat hiburan,” katanya.

Beliau berkata, daripada jumlah itu 3,914 PATI warga Indonesia, Myanmar (1,621) dan Bangladesh (1,307).

“Setakat ini Johor merupakan negeri yang tertinggi jumlah tangkapannya iaitu 3,914 orang diikuti, Wilayah Persekutuan (1,397) dan Selangor (1,055),” katanya.

– BERNAMA

1 Comment

Filed under Isu Semasa

One response to “Berita Harian | Pemilik premis ada rangkaian, elak PATI ditangkap

  1. FARHAD MIRZAEE

    Thank you very much. (y)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s