Tampar : @Zahid_Hamidi pula tawar RM501

PUTRAJAYA 8 April – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menawarkan RM501 kepada Datuk Seri Yong Teck Lee jika bekas Ketua Menteri Sabah tersebut berani menamparnya.

Katanya, Teck Lee tidak perlu bersusah payah dan membelanjakan duit untuk mencari orang lain menamparnya tetapi harus bertindak sendiri.

“Ada orang yang bermurah hati menderma RM500 untuk mencari orang menampar saya, sesiapa sahaja yang berjaya menampar saya akan terima duit ini.

“Saya pun membuat tawaran RM501 kepada orang baik ini jika dia sendiri yang menampar saya. Kalau dia berani berbuat demikian, kenapa pula suruh orang lain menampar saya,” katanya ketika berucap dalam perhimpunan bulanan kementeriannya, di sini hari ini.

Walaupun Ahmad Zahid tidak menyebut nama Teck Lee secara terang, namun beberapa hari lalu bekas Ketua Menteri Sabah itu telah menawarkan RM500 kepada mana-mana individu yang berjaya menampar Menteri Dalam Negeri.

Tawaran itu dibuat Teck Lee selepas insiden penculikan di Semporna pada malam 2 April lalu yang menyebabkan Gao Hua Yuan, 29, dari China dan seorang pekerja resort dari Fi­lipina diculik.

Selain menawar RM500 untuk menampar Ahmad Zahid, Pre­siden Parti Maju Sabah tersebut turut menyediakan RM1,000 kepada mana-mana Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang mengusulkan supaya gaji Menteri Dalam Negeri, Menteri Pertahanan serta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ditolak.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid berkata, kerjasama untuk mengawal keselamatan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) berjalan dengan baik tetapi masalah timbul apabila muncul tali barut dalam kawasan tersebut.

Beliau berkata, seramai 15 pekerja resort tanpa dokumen di Semporna telah ditahan dan disiasat secara bersama oleh polis dan Imigresen.

“Kita tidak mengesyaki kesemua mereka yang ditahan ini, tetapi siasatan awal menunjukkan terdapat unsur dalaman berhubung kes penculikan yang berlaku,” katanya.

Tambahnya, Kementerian Dalam Negeri bekerjasama dengan Esscom dan pihak berkuasa Filipina untuk menyelamatkan dua mangsa yang telah diculik dari Resort Singamata di Semporna itu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140409/dn_09/Zahid-Hamidi-pula-tawar-RM501#ixzz2yLqd2Wy4
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s