@PDRMsia usaha cari petunjuk baharu – Zahid

KUALA LUMPUR 29 Mac – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus mencari petunjuk baharu yang dapat membantu siasatan sekali gus merungkai misteri kehilangan pesawat MH370.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, PDRM sentiasa melakukan yang terbaik bagi melengkapkan siasatan berkenaan.

“Berkenaan simulator itu, kita telah memohon (kepada Biro Penyiasatan Persekutuan, FBI) untuk melakukan siasatan secara forensik dan setakat ini FBI mengesahkan tiada maklumat yang mencurigakan.

“Malah seperti yang dinyatakan sebelum ini, sebahagian maklumat itu telah dipadamkan dan PDRM telah melakukan beberapa tindakan untuk terus mencari maklumat baharu bagi menentukan latar belakang sebenar kejadian.

“Siasatan juga tidak bersandarkan tuduhan kepada individu atau kumpulan tertentu,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) di Maktab Polis Kuala Lumpur, Cheras, di sini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan FBI semalam yang mengesahkan data simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah tidak mempunyai sebarang maklumat mencurigakan.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid memberitahu, siasatan pesawat MH370 tidak sekadar berlandaskan teori semata-mata sebaliknya hipotesis pihak-pihak tertentu.

“Polis mengumpul maklumat daripada lebih 100 individu dan kita tidak boleh menuduh kejadian itu didalangi penumpang atau kru kerana fokus utama sekarang untuk mendapatkan banyak lagi informasi bagi mengukuhkan siasatan,” katanya.

Jelas Ahmad Zahid, kepakaran PDRM dalam siasatan kes itu lebih menjurus kepada faktor manusia berbanding faktor teknikal yang berada di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan serta Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Mengenai usaha kerajaan memperbaharui setiap operasi prosedur standard (SOP) setelah beberapa kelemahan dikesan dalam agensi kementerian, beliau berkata, perkara itu sedang diusahakan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140330/dn_08/PDRM-usaha-cari-petunjuk-baharu—Zahid#ixzz2xSDQxlg0
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s