Penganjur Konsert FMFA Boleh Dikenakan Tindakan Tegas – Ahmad Zahid

 

 

KAJANG, 18 Mac (Bernama) — Penganjur Future Music Festival Asia (FMFA) 2014 harus dikenakan tindakan tegas sekiranya terbukti mereka gagal mencegah penyalahgunaan dadah dan alkohol sewaktu berlangsung persembahan di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur Sabtu lepas.

Menegaskan demikian, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, polis dengan kerjasama Perbadanan Stadium Malaysia dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sedang melakukan siasatan menyeluruh mengenai insiden itu yang meragut enam nyawa warga tempatan, tiga daripadanya wanita, berusia antara 19 hingga 28 tahun.

“Kita serahkan kepada polis untuk ambil tindakan, bersama-sama dengan PBT dan pihak stadium yang telah menyewakan premis berkenaan kepada penganjur,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata polis telah mengenalpasti 38 makmal utama dadah di negara ini di mana sembilan darinya telah pun diserbu dan peralatannya dimusnahkan.

“Saya tidak mahu beritahu negeri mana dan lokasi mana tetapi tindakan yang dilakukan Sting (Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik) sudah mengambil kira dari negara mana mereka yang telah mengusahakan makmal ini,” katanya.

— BERNAMA

 

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s