Jangan libat parti politik dalam pencarian – Ahmad Zahid

 

Berita Utusan Malaysia :

HULU LANGAT 16 Mac – Kerajaan meminta semua pihak tidak mengaitkan soal kepartian politik dalam usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, operasi pencarian pesawat tersebut melibatkan nyawa manusia dan soal politik perlu diketepikan.

“Kita tidak mahu kaitkan soal kepartian dengan MH370, kita masih rasional tetapi pembangkang mempolitikkan semua perkara sedangkan kerajaan telah mencuba segala daya untuk menyelesaikannya.

“Malah dalam usaha ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut terlibat dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah diberi peranan oleh Jemaah Menteri menjadi jurucakap utama,” katanya dalam sidang akhbar selepas program sepetang bersama anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Shah Kajang di sini hari ini.

Ahmad Zahid mengulas mengenai beberapa ceramah pakatan pembangkang yang mengkritik cara kerajaan Malaysia menguruskan kehilangan pesawat MH370 di samping pengesahan daripada Setiausaha Agung Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Naib Presiden PKR, R. Sivarasa bahawa juruterbang MH370, Zaharie Ahmad Shah adalah ahli PKR.

Menurut Ahmad Zahid, pihaknya sedia maklum mengenai kaitan Zaharie dengan PKR namun menegaskan soal pencarian pesawat tidak perlu membabitkan perbezaan politik kerana nyawa anak kapal dan penumpang pesawat itu menjadi keutamaan.

“Saya fikir jangan politikkan soal MH370, ini soal nyawa, soal keselamatan, soal negara keseluruhannya, ketepikan perbezaan politik dan mari kita berdoa sekurang-sekurangnya dan membantu keluarga mangsa dan kita berdoa semua penumpang dan anak kapal dapat diselamatkan,” katanya.

Mengenai kemungkinan pesawat itu dirampas, Ahmad Zahid berkata, polis sedang menyiasat segala kemungkinan termasuk mencari bahan bukti jika ada dalam kalangan penumpang atau anak kapal menyebabkan faktor tersebut berlaku.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga menjalinkan kerjasama baik dengan Polis Antarabangsa (Interpol) dan keutamaan pihak kerajaan kini adalah mencari pesawat itu.

Mengulas mengenai dakwaan kawalan keselamatan penerbangan di negara ini kurang ketat, beliau berkata, dakwaan itu tidak tepat kerana semua prosedur standard dipatuhi dan perkara itu melibatkan empat pihak iaitu Jabatan Imigresen, MAS, Malaysia Airport Berhad (MAB), polis bantuan MAB selain dibantu PDRM setiap masa.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140317/dn_07/Jangan-libat-parti-politik-dalam-pencarian—Ahmad-Zahid#ixzz2wCZSJwIE
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s