Beri kemenangan calon BN #PRKKAJANG

Oleh KAMIL MASLIH

pengarang@utusan.com.my

 

Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan Sijil Jasamu Dikenang kepada Chong Sek Koon atas sumbangannya pada program sepetang bersama anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia di Kajang, semalam. – Utusan/MD. SHAHJEHAN MAAMIN

HULU LANGAT 16 Mac – Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang diseru memberi kemenangan kepada calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun kerana pilihan raya kecil DUN itu sengaja diwujudkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menyelesaikan masalah dalaman parti tersebut

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, PKR menjadi lebih serabut apabila Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lagi dapat menjadi calon dan kedudukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid tidak dapat digugat.

“Kita tahu tujuan orang itu bertanding adalah kerana mahu menukar Menteri Besar Selangor dan tidak mahu Azmin Ali menjadi Menteri Besar, jelas juga pada waktu sama orang itu tidak bersetuju Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Kalau masalah dalaman parti beliau tidak dapat selesaikan, bagaimana kita mahu harapkan dia dapat menyelesaikan masalah di Selangor,” katanya demikian selepas program sepetang bersama anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang di sini hari ini.

Dalam program itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut mengumumkan peruntukan RM500,000 bagi membaiki dan menyelenggara pusat komuniti Rela di kawasan DUN Kajang.

Yang turut hadir dalam program yang menghimpunkan hampir 3,000 anggota Rela itu ialah Mei Fun dan Ahli Dewan Undangan Negeri Semenyih, Datuk Johan Abd Aziz.

Menurut Ahmad Zahid, rancangan untuk menukarkan Abdul Khalid telah gagal dan Menteri Besar Selangor itu kini memberi komitmen tinggi pula bagi menyelesaikan masalah bekalan air di negeri tersebut dengan menandatangani memorandum persefahaman dengan Kerajaan Persekutuan agar pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) diteruskan.

Mengulas tentang masalah perundangan yang dihadapi Anwar, Ahmad Zahid berkata, perkara itu sewajarnya diselesaikan menggunakan saluran perundangan dan tidak sewajarnya membabitkan rakyat, khususnya penduduk di Kajang.

“Kita tahu moto pakatan pembangkang ialah ‘Dari Kajang ke Putrajaya’ tetapi penduduk di Kajang jangan ditipu kerana ‘Dari Putrajaya telah turun ke Kajang’, eloklah calon pakatan pembangkang itu ditolak pengundi Kajang,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140317/po_01/Beri-kemenangan-calon-BN#ixzz2wB7113sQ
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s