Tak tersenarai suspek INTERPOL

Kajang: Pasport curi yang digunakan oleh dua lelaki untuk menaiki penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu tidak termasuk dalam ‘senarai suspek’ (SL) Polis Antarabangsa (INTERPOL).

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, faktor itu menyebabkan pegawai Jabatan Imigresen yang bertugas pada hari kejadian tidak mempunyai sebarang kecurigaan ketika melepaskan kedua-dua lelaki itu ke dalam penerbangan.

“Jika INTERPOL meletakkan tanda ‘SL’ dalam pasport yang hilang itu, semua kaunter imigresen di seluruh negara diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

Namun, dua pasport berkenaan tidak termasuk dalam senarai berkenaan.

“(Oleh itu) saya amat yakin dengan kebolehan pegawai imigresen yang berada di kaunter penyemakan sebelum kejadian berlaku,” katanya selepas melakukan tinjauan di Taman Kota, di sini.

Awal hari ini, polis mengesahkan mengenal pasti warga Iran, Pouria Nour Mohd Mehdad, 19, sebagai seorang daripada dua penumpang yang menaiki penerbangan itu dengan menggunakan dokumen curi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, lelaki itu menggunakan pasport warga Austria yang sebelum ini dilaporkan hilang di Thailand oleh pemiliknya Christian Kozel.

Terbaharu INTERPOL turut mengesahkan seorang lagi penumpang yang menggunakan pasport curi dikenali sebagai Delavar Seyed Mohammad Redza, 30, juga warga Iran, yang menggunakan pasport milik warga negara Itali, Luigi Maraldi.

Setiausaha Agung INTERPOL Ronald K Noble pada sidang akhbar di Lyon, Perancis turut mengesahkan kedua-dua suspek itu masuk ke Malaysia dari Doha menggunakan pasport sendiri sebelum menggunakan identiti individu lain untuk menaiki pesawat malang itu.

123 N 123Foto

DR Ahmad Zahid menunjukkan salinan pasport dan wajah seorang daripada penumpang guna dokumen palsu.

Sumber dari http://www.hmetro.com.my/articles/TaktersenaraisuspekINTERPOL/2013/Article

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s