Pusat bantu Mei Fun atasi masalah rakyat – Ahmad Zahid

po_04.1.jpgANGGOTA polis berkawal sejak awal pagi bagi memastikan kelancaran proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil DUN Kajang di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang, Hulu Langat, Selangor, semalam.

HULU LANGAT 11 Mac – Kerajaan Pusat akan memberi sokongan berterusan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun untuk menyelesaikan masalah rakyat sekiranya beliau memenangi kerusi itu pada 23 Mac depan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, meskipun Mei Fun akan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang dalam kerajaan negeri Selangor, namun itu tidak menjadi masalah kerana beliau boleh memohon bantuan daripada Kerajaan Pusat.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, sehubungan itu Mei Fun adalah pemimpin terbaik untuk menjadi jambatan kepada rakyat Kajang menyampaikan masalah kepada kerajaan.

“Mei Fun akan menjadi ADUN pembangkang jika terpilih tetapi saya yakin disebabkan beliau mewakili MCA maka parti itu boleh memohon peruntukan terus kepada Kerajaan Pusat.

“Kerajaan Pusat akan menyalurkan setiap peruntukan ini kepada MCA untuk dirasai setiap pengundi di DUN Kajang terutama dalam soal keperluan infrastruktur mereka,” katanya dalam sidang akhbar di Flat Taman Kota Cheras Fasa 1, di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang berkempen sambil menunggang motosikal mengunjungi rumah beberapa keluarga yang tinggal di flat tersebut untuk menyampaikan sumbangan peribadi dan bertanyakan masalah mereka.

Beliau turut menunaikan solat Asar di surau flat tersebut bersama penghuninya dan meluangkan masa untuk minum petang bersama beberapa penduduk di medan selera berdekatan.

PRK DUN Kajang pada 23 Mac ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Mei Fun dengan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Presidennya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail selepas kedua-duanya menyerahkan borang pencalonan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi ini.

Kerusi DUN Kajang kosong apabila ADUN Kajang sebelum ini, Lee Chin Cheh mengosongkannya bagi memberi laluan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding pada 27 Januari lalu.

Anwar bagaimanapun gagal menunaikan hasratnya meskipun telah berkempen awal apabila Mahkamah Rayuan pada Jumaat lalu mensabitkannya dengan kesalahan meliwat menyebabkan beliau hilang kelayakan untuk bertanding.

http://m.utusan.com.my/Politik/20140312/po_04/Pusat-bantu-Mei-Fun-atasi-masalah-rakyat—Ahmad-Zahid

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s