HARI BERTEMU PELANGGAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI

TARIKH / MASA :6 MAC 2014 / 9.00 PAGI – 4.30 PETANG

TEMPAT MAJLIS : DEWAN GEMILANG, BLOK D1, BANGUNAN KDN, PUTRAJAYA

TETAMU KEHORMAT : DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI
(MENTERI DALAM NEGERI)
DATUK DR. WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR
(TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI)

20140309-185018.jpg

20140309-185031.jpg

20140309-185040.jpg

20140309-185058.jpg

20140309-185110.jpg

20140309-185144.jpg

20140309-185153.jpg

20140309-185201.jpg

20140309-185212.jpg

20140309-185220.jpg

20140309-185233.jpg

Nota : program bertemu pelanggan ini dilaksanakan setiap hari Khamis di KDN Putrajaya.

Berita berkaitan :

PUTRAJAYA 6 Mac – Prihatin dengan masalah rakyat, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil langkah proaktif menyelesaikan aduan yang diterima dengan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan pada Khamis setiap minggu.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, program tersebut yang turut disertainya bersama pegawai kanan daripada pelbagai jabatan dan agensi di bawahnya bertujuan menyelesaikan masalah rakyat secara langsung dengan lebih pantas.

“Kita mengambil langkah proaktif ini bagi memudahkan orang ramai yang mempunyai urusan dan masalah dibantu dengan mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan.

“Sebelum ini lazimnya hanya pegawai yang selesaikan tetapi hari ini saya sendiri bersama ketua pengarah setiap jabatan dan agensi serta pegawai kanan kementerian turun padang membantu menyelesaikan masalah orang ramai secara langsung,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar semasa Hari Bertemu Pelanggan KDN di Dewan Gemilang di Kompleks D di sini hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, program tersebut sebelum ini diadakan di pejabatnya di bangunan yang sama sebelum ditukarkan ke dewan ekoran mendapat sambutan memberangsangkan.

Katanya, masalah pembantu rumah dan permohonan mendapatkan taraf pemastautin tetap merupakan aduan yang paling banyak diterima.

Dalam pada itu, mengulas kejadian dua anggota unit peronda polis diserang dengan senjata tajam sehingga menyebabkan seorang daripadanya maut, beliau menyifatkan kes tersebut sebagai satu berita yang menyedihkan.

“Sebelum ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah menjelaskan tiada sebarang pelanggaran SOP (prosedur operasi standard) dilakukan ketika mereka mahu menahan tiga wanita warga asing itu.

“Warga asing yang datang ke negara ini seharusnya mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan, tindakan yang diambil itu menunjukkan mereka mempunyai niat tidak baik terhadap kerajaan Malaysia khususnya pihak polis,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140307/dn_07/KDN-adakan-Hari-Bertemu-Pelanggan-setiap-Khamis#ixzz2vShUg2mD
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s