PRK Kajang Tidak Perlu Jadi Medan BN Curah Peruntukan – Ahmad Zahid

ALOR GAJAH: Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpendapat pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang di Selangor tidak perlu menjadi medan kepada Barisan Nasional (BN) untuk mencurahkan pelbagai peruntukan pembangunan.

Beliau berkata penyaluran peruntukan sepatutnya diberikan sekiranya pendudukKajang memberikan mandat kepada calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun pada pilihanraya kecil dijadual 23 Mac ini.

Katanya jentera pilihan raya BN yang merupakan pembangkang di Selangor jugaperlu mengubah minda agar tidak terlalu bergantung kepada penyaluran peruntukanpembangunan dalam mendapatkan sokongan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival RakyatUmno Bahagian Masjid Tanah di sini,Sabtu. Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata BN mempunyai potensi besar untuk menang pilihan raya kecil itu berikutan pengundi khususnya Melayu telah mula memberikan sokongan kepada BN setelah menyedari kerajaan Selangor gagal menyediakan infrastruktur diperlukan penduduk.

“Di kalangan orang Cina pula mereka tahu bahawa Chew Mei Fun ketika jadi anggota Parlimen Petaling Jaya Utara merupakan seorang yang baik, turun ke bawah…jadi kalau ditakdirkan beliau menang jadi Adun Kajang, beliau akan laksanakan tanggungjawab yang sama biarpun Selangor dipegang pembangkang,” katanya.

Justeru, Ahmad Zahid yakin penduduk Kajang mampu membuat pilihan tepat dengan memberi peluang kepada calon BN untuk berkhidmat kepada rakyat dan menolak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hanya berniat memenuhi keinginan politiknya.-BERNAMA

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2014/3/2/mstar_berita/20140301172316&sec=mstar_berita

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s