mStar Online : Penggunaan Pelekat Hologram Pada Al-Quran Dibawa Ke Kabinet – Zahid

PUTRAJAYA: Penggunaan pelekat hologram pada naskhah al-Quran yang sepatutnya dikuatkuasakan pada 1 Mac depan akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet terlebih dahulu, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, langkah itu dibuat bagi mendapatkan pandangan jemaah menteri sebelum sebarang keputusan mengenainya dimuktamadkan.

“Sementara menanti keputusan Kabinet yang diharap akan memberi situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak, kita ambil keputusan untuk ‘memperlahankan’ penguatkuasaan itu,” katanya kepada pemberita.

Beliau sebelum itu mengadakan pertemuan dengan Persatuan Penerbit al-Quran Malaysia (PQM).

Penggunaan pelekat hologram diperkenalkan sejak 2011 yang mewajibkan penerbit atau pencetak al-Quran melekatkan pelekat hologram (yang dijual pada harga RM1 sekeping) pada setiap naskhah kitab suci itu.

Namun PQM meminta kerajaan memansuh penguatkuasaan pelekat tersebut pada naskhah al-Quran kerana ia dikatakan membeban dan menyebabkan harga kitab suciitu meningkat sehingga 50 peratus.

Ahmad Zahid berkata, pertemuan dengan PQM pada Khamis memberi ruang kepada kementerian untuk mendengar dan memperhalusi sebarang masalah yangdibangkitkan.

“Pertemuan ini diadakan untuk mencapai kesepakatan sejauh mana penerbit-penerbit al-Quran boleh dibantu untuk mengatasi permasalahan mereka termasuklah apabila berlaku cetak rompak terhadap al-Quran.

“Pengalaman kementerian-kementerian lain sebelum ini yang menguatkuasakan pelekat hologram juga didapati gagal meredakan masalah cetak rompak, jadi kita tak mahu berlaku lagi perkara seperti itu,” katanya.

Presiden PQM, Sabariah Abdullah menyambut baik keputusan kementerian untuk ‘memperlahankan’ aktiviti penguatkuasaan itu buat sementara waktu tanpa sebarang denda dikenakan yang boleh mencecah sehingga RM10,000.

“Pada masa yang sama persatuan masih berharap pengunaan pelekat hologram dimansuhkan kerana ia tidak menjamin ketulenan al-Quran memandangkan pelekat hologram itu sendiri boleh dipalsukan,” katanya.– BERNAMA

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2014/2/27/mstar_berita/20140227141013&sec=mstar_berita

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s