mStar Online : Imigresen Laksana Operasi Buru Peniaga Warga Asing

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen akan menjalankan operasi ke atas premis perniagaan yang dikuasai warga asing termasuk mereka yang menggunakan permit rakyat tempatan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau sendiri akan menyertai operasi itu bagi memastikan masalah peniaga warga asing ditangani sepenuhnya.

“Saya tidak akan beri amaran, tetapi saya akan turun padang bersama pegawai penguat kuasa.

“Jika ada yang masih berniaga menggunakan lesen rakyat tempatan dan tiada dokumen sah sebagai pekerja atau hanya dokumen lawatan sosial, sila tinggalkan negara ini dan hentikan aktiviti ini (berniaga),” katanya dalam sidang media, di sini Khamis.

Katanya operasi itu akan dilaksana menerusi fasa kedua Operasi Bersepadu yang bermula 21 Januari lepas.

Operasi itu melibatkan pelbagai agensi berkaitan dan dilaksana secara berterusan bagi mengesan, menangkap, mendakwa dan mengusir warga asing yang melanggar undang-undang negara ini.

Pada masa yang sama, Ahmad Zahid meminta pihak berkuasa tempatan memberi kerjasama sewajarnya dengan membatalkan lesen rakyat tempatan yang didapati menyewakan lesen mereka kepada peniaga warga asing.

Katanya kebanjiran warga asing di negara ini perlu ditangani bagi mengekang pelbagai masalah yang ditimbulkan oleh mereka sekarang.

“Apabila penguatkuasaan dibuat di KLCC Ahad lepas kita dapat tahan lebih 350 orang. Selama ini mereka lepas bebas sehingga menakutkan rakyat tempatan. Saya tidak mahu lihat masalah ini berpanjangan,” katanya. – BERNAMA

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2014/2/27/mstar_berita/20140227173919&sec=mstar_berita

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s