mStar Online : Media Sosial Baik Untuk Ukur Prestasi Politik – Ahmad Zahid


Oleh MICHELLE TAM


Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Prestasi seseorang ahli politik itu tidak terlepas daripada penelitian di media sosial yang merupakan cara yang baik untuk mengukur tahap kepuasan rakyat terhadap pemimpin-pemimpin negara.

“Media sosial terbukti sebagai elemen pengukuran prestasi yang baik untuk ahli-ahli politik dalam memastikan komitmen mereka kepada rakyat di bawah jagaan mereka diteruskan,” kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di majlis Anugerah Media Sosial dan Blogger Dunia di sini, Rabu.

Majlis makan malam gala diadakan sempena berakhirnya Minggu Media Sosial Malaysia 2014, berlangsung di Zebra Square.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman, Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Aseh Che Mat dan Setiausaha Agung Kementerian Kesihatan Datuk Farida Mohd Ali.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata media sosial adalah satu alat yang penting yang melengkapkan tanggungjawabnya yang mempunyai pelbagai peranan sebagai pemimpin masyarakat, menteri dan warganegara Malaysia.

“Saya perlu dimaklumkan, terlibat, dan dapat menawarkan penyelesaian dengan kemampuan kuasa yang diberikan kepada saya,” katanya.

Dengan pelbagai jabatan berorientasikan perkhidmatan awam di bawah bidang beliau, Zahid mendapati media sosial tidak boleh diketepikan, dan ia sebagai alat di tangan untuk berhubung dan memastikan maklumat berkaitan disampaikan kepada orang ramai.

“Media baru memberikan kebebasan, ketelusan dan tidak berat sebelah untuk orang ramai menyuarakan pandangan mereka mengenai agenda politik semasa negara, sama ada pemimpin melakukan perkara yang betul atau adakah rakyat perlu bekerja lebih keras untuk mendapatkan hasil yang lebih baik,” katanya.

Beliau juga mengajak pengguna media sosial untuk menegakkan kebenaran dan bertanggungjawab dalam posting-posting mereka dalam talian.

“Jadilah orang yang benar dengan berani menyuarakan apa yang salah, tetapi juga bertindak baik dengan menawarkan penyelesaian yang baik kepada isu-isu yang memerlukan penyelesaian,” kata Ahmad Zahid.

Majlis anugerah memberi penghormatan terhadap blog, penulis blog dan aktivis media sosial negara untuk pencapaian dan sumbangan mereka dalam arena media baru.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2014/2/26/mstar_berita/20140226223246&sec=mstar_berita

Gambar program semalam :

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s