mStar Online : 1.13 Juta Tidak Pohon, Perbaharui Mykad – Zahid


Ahmad Zahid menunjukkan evolusi kad pengenalan milik bapanya Raden Hamidi Abdul Fatah, 90, (kanan) bermula dari zaman darurat, tahun 70-an, 80-an dan 90-an pada majlis pelancaran Cetakan Teragih MyKad di Jabatan Pendaftaran Bagan Datoh, Perak pada Ahad. -fotoBERNAMA

BAGAN DATOH: Sebanyak 1.13 juta rakyat berusia 12 dan 18 tahun di negara ini gagal memohon kad pengenalan atau MyKad serta tidak memperbaharui dokumen identiti diri mereka itu sehingga kini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 1.06 juta mereka yang berusia 18 tahun gagal memperbaharui MyKad manakala 64,122 orang berusia genap 12 tahun yang layak memohon MyKad kali pertama tidak berbuat demikian.

“Ini akan menyukarkan mereka terutama untuk menduduki peperiksaan yang memerlukan MyKad. Apabila berusia 18 tahun, kad pengenalan wajib diperbaharui,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Cetakan Teragih MyKad dan Serahan M12/My18 di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan Bagan Datoh di sini Ahad.

Beliau berkata pembaharuan kad pengenalan pada usia 18 tahun wajib dilakukan berdasarkan Peraturan 18, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) dan MyKad yang baharu lebih berkualiti serta mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih baik.

Individu yang gagal memperbaharui MyKad selepas mencecah umur genap 18 tahun boleh dikenakan penjara tidak lebih tiga tahun atau didenda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya, katanya.

Mengenai isu kehilangan MyKad, Ahmad Zahid berkata penasihat undang-undang kementerian dan JPN akan mengemukakan cadangan pindaan Akta Fi kepada Peguam Negara untuk meningkatkan jumlah bayaran denda jika berlaku kehilangan dokumen itu.

Beliau berkata pada masa ini denda yang dikenakan adalah RM100 bagi kehilangan kali pertama, RM200 bagi kali kedua dan RM300 kehilangan seterusnya.

“Pada tahun lepas, kadar kehilangan MyKad adalah sebanyak 681,356 dan kehilangan lebih setengah juta kad pengenalan setahun ini amat membimbangkan serta boleh mengugat keselamatan negara,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga dan membawa MyKad pada setiap masa kerana ia sangat penting sebagai identiti pengenalan diri sebagai warganegara.

Mengenai Cetakan Teragih atau ‘cetakan ekspres”, beliau berkata menerusi perkhidmatan itu, MyKad boleh disiapkan dalam tempoh dua jam dan setakat ini perkhidmatan itu ditawarkan di JPN Ipoh, Manjung dan Pusat Transformasi Bandar Ipoh selain JPN Bagan Datoh.

Sehingga 2013, sebanyak 41 cawangan JPN telah mempunyai pencetakan MyKad di pejabat JPN negeri dan cawangan terpilih, katanya BERNAMA

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2014/2/17/mstar_berita/20140216202829&sec=mstar_berita

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s