BERNAMA – KDN Cadang Guna Hasil Jualan Produk Banduan Biayai Aktiviti Penjara

KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) — Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mencadangkan kepada Kabinet agar pendapatan daripada produk yang dihasilkan para banduan yang kini mencecah RM21.6 juta digunakan bagi membiayai aktiviti penjara.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hasil jualan produk para penghuni berkenaan, yang diperoleh menerusi latihan kemahiran yang diikuti mereka selama ini, diberikan kepada Kementerian Kewangan sebagai wang yang disatukan.

“Saya akan memohon kepada kabinet supaya satu kaedah atau mekanisme baharu (diwujudkan) agar kita boleh lakukan pembiayaan setengah daripada aktiviti kita, melalui pendapatan yang diperoleh hasil aktiviti penghuni penjara,” katanya selepas merasmikan Seminar Penjara Sejahtera di Penjara Kajang dekat sini, Sabtu.

Produk-produk yang dihasilkan penghuni penjara antaranya ialah kain songket, batik, kuih muih dan kraftangan.

Selain itu, katanya, kementerian juga berhasrat mewujudkan sebuah yayasan yang akan memindahkan aset dan tunai hasil pendapatan penjualan produk-produk ini bagi tujuan pembiayaan termasuk elaun.

Sementara itu, Ahmad Zahid dalam ucapannya berkata setakat ini, 15,183 penghuni telah menjalani program pemulihan di luar tembok penjara dan hanya 0.34 peratus yang mengulangi kesalahan sama dan kembali menjalani hukuman.

“Sekitar 90 peratus daripada penghuni yang telah selesai mengikuti program berkenaan berjaya mendapat pekerjaan dan ada juga yang menceburi bidang keusahawanan dengan bantuan pelbagai agensi seperti TEKUN (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga), Program 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin), GiatMara dan Jabatan Pertanian Malaysia,” katanya.

Ahmad Zahid berkata kadar jenayah berulang tahun lepas berada pada 7.61 peratus, menurun daripada 2012 dan perkembangan itu satu petanda yang amat baik di samping menunjukkan keberkesanan program-program pemulihan yang dilaksanakan Jabatan Penjara Malaysia.

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s