Hubungan diplomatik M’sia-S’pura terbaik, legasi yang perlu diperkukuhkan – Ahmad Zahid

 

SINGAPURA 8 Feb. – Hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Singapura adalah pada tahap terbaik dan legasi ini perlu diteruskan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk, Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, segala usaha sedang dilakukan oleh kedua-dua buah negara bagi mempertingkatkannya dalam pelbagai bidang terutama dari segi keselamatan dan isu-isu kepentingan bersama.

Ahmad Zahid berkata, hubungan antara kementeriannya (KDN) dan Kementerian Dalam Negeri Singapura (MHA) memang begitu baik.

“Tetapi tidak mustahil untuk membuka jendela yang lebih besar dan ruang penambahbaikan yang lebih luas terutamanya bagi kedua-dua buah negara untuk menangani permasalahan keselamatan, pengedaran dadah yang ada hubung kait dengan pertaruhan haram dan juga isu-isu mengenai pemerdagangan orang.

“Di dalam hal ini kita mempunyai kepentingan bersama. Di dalam kepentingan bersama inilah menjadi keutamaan kepada kita kerana kita mahu kedua-dua negara merasa sebagai negara jiran yang terdekat kita harus bertukar maklumat dengan segera supaya tindakan yang dilakukan diambil alih oleh keadaan yang akan mengakibatkan mereka yang kita kehendaki pergi ke negara ketiga dan ini sukar untuk dijejaki,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual di sini semalam.

Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Husni Zai Yaacob.

Ahmad Zahid berada di republik ini sempena lawatan kerja dua hari berakhir semalam atas jemputan rakan sejawatan beliau Menteri Dalam Negeri merangkap Timbalan Perdana Menteri Singapura Teo Chee Hean.

Sepanjang lawatan itu, selain pertemuan dengan Teo, Ahmad Zahid juga bertemu Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen dan Menteri Luar Singapura K. Shanmugam.

Ini merupakan lawatan kali pertama beliau ke Singapura atas jawatan Menteri Dalam Negeri.

Menyentuh kerjasama yang dirancang, Ahmad Zahid berkata, adalah tidak mustahil, dua kerajaan yang berbeza tetapi boleh berkongsi bukan sahaja maklumat tetapi aset dan peralatan yang boleh digunakan bersama dengan tidak bertujuan untuk campur tangan dalam hal ehwal negara masing-masing.

“Ini adalah untuk mencapai tujuan menunjukkan arah pembinaan keyakinan dan keselesaan bukan sahaja di kalangan pemimpin yang telah begitu erat tetapi yang paling penting ialah rakyat dengan rakyat,” katanya.

Beliau berkata, hubungan baik antara kedua negara jiran itu telah wujud sejak zaman bekas Perdana Menteri Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew dan hubungan itu menjadi lebih akrab selepas pertemuan Perdana Menteri Lee dan rakan sejawatannya Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempunyai latar belakang yang sama.

“Ini adalah merupakan satu legasi yang harus diperkukuhkan lagi apabila banyak isu yang tidak diselesaikan dapat diselesaikan. Tidak mustahil kalau kita pergi kepada tahap kedua dan ketiga antaranya soal keselamatan yang telah saya sebutkan tadi diberikan keutamaan,” kata Ahmad Zahid.

Katanya, beliau juga menekankan agar hubungan informaliti di antara pegawai pelbagai jabatan di bawah agensi KDN dan MHA dijalin supaya sebarang bantuan atau maklumat yang dikehendaki dapat disalurkan dengan segera.

“Walaupun kita ada protokol yang harus diikuti tetapi soal keselamatan tidak ada sempadan untuk kita jalin kerjasama dan pada hemat saya persoalan harus kita tangani dengan tidak banyak kekangan di antara kedua-dua buah negara, kata Ahmad Zahid.

Terdahulu, selepas pertemuannya dengan Perdana Menteri Lee, Kementerian Luar Singapura dalam satu kenyataan berkata kedua-dua pemimpin mengesahkan hubungan dua hala yang terbaik antara kedua-dua buah negara.

“Mereka berbincang mengenai kerjasama rapat antara agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang kedua-dua belah pihak dan menyambut baik pertukaran dua hala.

“Perdana Menteri Lee menyambut baik kerjasama yang semakin meningkat antara Singapura dan Malaysia dan menaruh harapan bagi mengeratkan lagi hubungan dua hala,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140208/dn_26/Hubungan-diplomatik-Msia-Spura-terbaik-legasi-yang-perlu-diperkukuhkan—Ahmad-Zahid#ixzz2shs2xhF0 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s