Lawatan Rasmi Dua Hari Ke Singapura

Khamis – Jumaat
6 – 7 Februari 2014

KUALA LUMPUR 6 Feb. – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kini dalam rangka lawatan kerja ke Singapura bagi meningkatkan hubungan antara kedua-dua negara dalam bidang keselamatan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, ia adalah lawatan pertama Ahmad Zahid ke negara tersebut sejak memegang jawatan Menteri Dalam Negeri pada 16 Mei tahun lalu.

Lawatan dua hari itu atas jemputan rakan sejawat beliau, Teo Chee Hean yang juga Timbalan Perdana Menteri Singapura.

Ahmad Zahid juga dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Lee Hsien Loong; Menteri Pertahanan, Dr. Ng Eng Hen dan Menteri Luar, K. Shanmugam.

Mengiringi beliau dalam lawatan itu ialah Ketua Setiausaha KDN, Datuk Mohamad Khalid Shariff dan pegawai-pegawai kanan kementerian.

“Kedua-dua negara telah bekerjasama rapat di peringkat serantau dalam menangani ancaman jenayah rentas sempadan.

“Semasa lawatan ini, Malaysia dapat membuat perbandingan amalan yang digunakan oleh Singapura dalam isu dadah termasuk aspek rawatan dan pemulihan kepada penagih,” kata kenyataan itu.

http://m.utusan.com.my/Dalam_Negeri/20140207/dn_25/Ahmad-Zahid-lakukan-lawatan-kerja-ke-Singapura

20140207-204931.jpg
Bertemu rakan sejawatan dari Singapura

20140207-204938.jpg
Melawat Penjara Changi dan Pusat Biro Narkotik
20140207-204943.jpg
Solat Jumaat di Masjid Ba’alwie dan beramah mesra dengan Imam dan jemaah yang hadir.

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s