PRK DUN Kajang: BN pegang prinsip ‘lawan tetap lawan’ – Zahid Hamidi

20140202-081645.jpg

Berita :

SHAH ALAM 1 Feb. – Barisan Nasional (BN) memegang prinsip ‘lawan tetap lawan’ biarpun belum memuktamad calon untuk bertanding padapilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, walaupun secara lazimnya kerusi DUN Kajang diperuntuk kepada MCA, namun kuasa mutlak pemilihan calon terletak di tangan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan akan diputus pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang bakal diadakan dalam masa terdekat.

“Saya berpendirian bahawa jika BN putuskan untuk letakkan calon dalam PRK DUN Kajang dari parti mana sekalipun, terutama jika parti itu pernah meletakkan calonnya dalam PRU lalu di DUN itu, maka kita akan hormati keputusan tersebut.

“Dan sekiranya seseorang calon itu telah dimuktamad menjadi calon rasmi BN, pendirian saya secara peribadi ‘lawan tetap lawan’ kerana mana-mana parti yang meletakkan calon mereka dalam pilihan raya kecil sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, tetap dianggap musuh politik BN,” katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional 2014 (PENA) peringkat negeri Selangor di Universiti Teknologi MARA hari ini. – BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140201/po_14/PRK-DUN-Kajang-BN-pegang-prinsip-tetap-lawan—Zahid-Hamidi#ixzz2s7QLw900
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s