Bahagian Trafik PDRM kini dikenali Jabatan Trafik

KUALA LUMPUR 30 Jan. – Bahagian Polis Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini dikenali sebagai Jabatan Trafik PDRM selepas Suruhanjaya Pasukan Polis meluluskan penaiktarafan bahagian tersebut semalam, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, penubuhan jabatan tersebut akan dibuat secara pentadbiran melalui perintah Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan tidak melibatkan perbelanjaan berlebihan.

Katanya, selaras dengan itu, bilangan anggota polis trafik kira-kira 6,000 orang di seluruh negara juga akan ditambah beberapa ribu orang lagi secara berperingkat-peringkat.

“Dengan adanya penaiktarafan bahagian ini ke sebuah jabatan, ia akan memberi kuasa khususnya bagi penguatkuasaan secara lebih meluas lagi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Ops Selamat 4/2014 di Plaza Tol Sungai Besi arah Selatan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

http://m.utusan.com.my/Jenayah/20140130/je_13/Bahagian-Trafik-PDRM-kini-dikenali-Jabatan-Trafik

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s