Utusan Malaysia – Tangkapan PATI menyeluruh

Berita Utusan Malaysia

Oleh THOMAS CHONG
pengarang

PUTRAJAYA 27 Jan. – Penguatkuasaan ke atas pendatang asing tanpa izin (PATI) tidak terhad kepada pekerja pembinaan dan perkhidmatan tetapi merangkumi semua sektor termasuk pembanterasan terhadap pekerja spa dan gadis pelayan pelanggan (GRO).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, operasi penangkapan PATI secara bersepadu tersebut juga akan dijalankan setiap hari tanpa mengira faktor musim, cuti, siang atau malam.

“Kita akan melakukan tanggungjawab penguatkuasaan. Kita tidak mahu timbul persepsi bahawa Kementerian Dalam Negeri hanya merupakan ‘tin kosong’,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan amanat Tahun Baharu 2014 kepada warga Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.

Operasi penangkapan PATI secara besar-besaran dilancarkan di seluruh negara pada 21 Januari lalu sebaik sahaja berakhirnya Program Khas Pengurusan PATI yang diadakan untuk pekerja asing atau majikan yang tertipu ketika menyertai program pemutihan sebelum ini.

Operasi tersebut disertai oleh pelbagai agensi termasuk Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela)

Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Zahid berkata, kementeriannya tidak akan menangguhkan penguatkuasaan terhadap PATI seperti mana yang dicadangkan oleh sebuah parti politik.

“Kita menghormati rakan kita tidak kira pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau parti politik, tetapi jangan campur tangan dalam urusan Kementerian Dalam Negeri yang mahu menjaga kesejahteraan negara,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140128/dn_05/Tangkapan-PATI-menyeluruh#ixzz2rffigZJY
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s