Jangan Gaji Pekerja Asing Jika Tidak Setuju Kos i-Kad – Zahid

Published: Ahad Januari 12, 2014 MYT 3:23:00 PM
Jangan Gaji Pekerja Asing Jika Tidak Setuju Kos i-Kad – Zahid

ALOR GAJAH: Majikan yang tidak bersetuju dengan kos RM110 bagi i-Kad, tidak perlu mengambil pekerja asing bekerja di syarikat mereka, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata pada masa ini, kos bagi mengambil pekerja asing di Malaysia masih jauh lebih rendah berbanding yang dikenakan negara-negara lain walaupun dengan bayaran i-Kad tersebut.

“Kalau tidak setuju jangan ambil pekerja asing, hantar mereka pulang…di negara lain seperti Singapura dan UAE (Emiriah Arab Bersatu), mereka membayar tidak kurang daripada US$5,000 bagi setiap pekerja.

“Di Malaysia levi paling tinggi cuma RM1,850 dan dengan pemeriksaan kesihatan, i-Kad dan pelbagai barayan lain, mereka membayar tidak lebih daripada RM3,000,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra sambutan pelajar baharu Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar semalam mengenai Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) yang membantah langkah kerajaan mengenakan bayaran RM110 untuk seorang pekerja asing memiliki i-Kad kerana didakwa membebankan para majikan.

Kira-kira 2.3 juta pekerja asing yang telah berdaftar untuk Program 6P wajib memiliki i-Kad yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan selewat-lewatnya akhir tahun ini sebagai usaha membanteras pendatang asing tanpa izin di negara ini.

Ahmad Zahid berkata majikan di negara ini sepatutnya menggaji rakyat tempatan yang masih ramai memerlukan pekerjaan.

Bagaimanapun, katanya para majikan sering kali memberikan alasan bahawa rakyat tempatan tidak mahu bekerja di sektor tertentu yang dipelopori warga asing pada masa ini.

“Jangan mengganggap orang tempatan tak nak bekerja tetapi kerajaan telah menetapkan gaji minimum, mereka hendaklah diberikan gaji minimum dan beberapa faedah…masalahnya mereka (majikan) mahu untung banyak, menggaji rendah,” katanya. BERNAMA

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2014/1/12/mstar_berita/20140112152217&sec=mstar_berita

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s