KDN Lancar Operasi Besar-Besaran Buru Pekerja Asing Tanpa Izin 21 Januari Ini

KDN Lancar Operasi Besar-Besaran Buru Pekerja Asing Tanpa Izin 21 Januari Ini

Oleh SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM


Ahmad Zahid

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melancarkan operasi secara besar-besaran bagi memburu pekerja asing tanpa izin selepas tamatnya Program Khas Pengurusan Pati (PKPP) pada 20 Januari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, operasi tersebut akan melibatkan Jabatan Imigresen, Angkatan Tentera, Rela, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Pendaftaran Negara dan pihak berkuasa tempatan.

“Tepat pukul 12.01 tengah malam (21 Januari) kita akan melancarkan operasi penguatkuasaan kepada semua pekerja asing dan majikan yang menggaji pekerja yang tiada dokumen sah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis pelancaran I- Kad di sini, Khamis.

Menurut beliau, KDN tidak akan berkompromi dengan mana- mana majikan yang gagal mendaftarkan pekerja mereka kerana tempoh yang panjang untuk berbuat demikian telah diberikan.

“Kita sudah beri tempoh tiga bulan kepada majikan untuk mendaftarkan pekerja mereka. Jadi kita tidak akan berkompromi dalam hal ini lagi,” katanya.

Jelas beliau, KDN juga tidak akan melanjutkan tempoh program khas tersebut.

“Bagi majikan atau pekerja asing yang mengharapkan adanya lanjutan, ingin saya tegaskan disini, tiada tempoh lanjutan dan ampun maaf daripada KDN,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan tidak akan menanggung kos penghantaran pulang pekerja asing tanpa izin ke negara asal mereka.

Sebaliknya, beliau berkata, kos tersebut akan dibiayai sama ada oleh majikan, pekerja itu sendiri atau kedutaan masing-masing.

“Kita tidak akan membazir wang rakyat semata-mata untuk menghantar mereka pulang. Selama ini, kerajaan sudah banyak bertolak ansur mengenai hal ini dan kita dapati ada pihak turut mengambil kesempatan terhadap perkara ini,” katanya.

Namun, sebelum itu, Ahmad Zahid berkata, kesemua pekerja asing tanpa izin yang ditahan akan didaftarkan menerusi sistem biometrik untuk mengelakkan pemalsuan identiti pada masa akan datang.

“Identiti dan cap jari mereka akan diambil kerana kita tidak mahu mereka masuk semula ke negara ini dengan nama lain,” katanya.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2014/1/9/mstar_berita/20140109111728&sec=mstar_berita

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s