2.3 Juta Pekerja Asing Perlu Ada I-Kad Sebelum Hujung Tahun Ini

Published: Khamis Januari 9, 2014 MYT 11:07:00 AM
Updated: Khamis Januari 9, 2014 MYT 1:16:10 PM

Oleh SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM

PUTRAJAYA: Seramai 2.3 juta pekerja asing yang sah diwajibkan memiliki I-Kad selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kad tersebut amat penting bagi membezakan warga Malaysia dengan warga asing yang bekerja di negara ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis pelancaran I -Kad Pekerja Asing di sini, Khamis.

Menurutnya, kad tersebut dibangunkan berdasarkan keperluan dan dilengkapi kod bar untuk menentukan segala butiran peribadi pemilik kad berkenaan.

“Dalam kad ini ada dua elemen penting iaitu biometrik dan cap jari bagi mengelakkan sebarang penipuan dan pemalsuan kad tersebut.

“Justeru, kita mensasarkan menjelang hujung tahun ini, 100 peratus pekerja asing yang sah mesti ada I-Kad bagi memudahkan identiti mereka dikenal pasti,” katanya.

Jelas beliau lagi, warna kad tersebut akan dikeluarkan mengikut sektor pekerjaan masing-masing.

Ketika ditanya mengenai kos bayaran kad tersebut, Ahmad Zahid berkata, kad tersebut ditanggung oleh majikan dimana mereka hanya perlu membayar RM110 bagi mendapatkan kad berkenaan untuk pekerja-pekerja mereka.

Katanya, KDN juga akan mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan pada kad tersebut pada Fasa Kedua, selepas pengeluaran kad bagi Fasa Pertama selesai.

Kad tersebut dikeluarkan oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB).

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Alias Ahmad pekerja-pekerja asing boleh memohon sendiri kad tersebut tetapi untuk memudahkan proses berkenaan, majikan digalakkan menguruskannya untuk setiap pekerja mereka.

“Buat masa ini, majikan disarankan untuk menguruskan proses permohonan kad ini bagi semua pekerja mereka supaya urusan menjadi lebih mudah,” katanya.

Ketika ditanya mengenai apakah tindakan sekiranya pekerja asing kehilangan kad tersebut, Alias berkata, penalti akan dikenakan bagi mendapatkan semula kad berkenaan dengan bayaran RM110.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2014/1/9/mstar_berita/20140109110600&sec=mstar_berita

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s