Polis ambil tindakan jika diminta JAIS – Utusan Malaysia

dn_08.1.jpgAhmad Zahid Hamidi melakukan acara menepung tawar pengantin Azizul Hakim Abdul Aziz dan Nurfaraheeda Omar di Lubok Cina, Masjid Tanah, Melaka semalam. – Mingguan/ Gaie Uchel

ALOR GAJAH 4 Jan. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan berhubung isu kalimah Allah di Selangor sekiranya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) meminta campur tangan pasukan keselamatan itu dalam penguatkuasaan isu berkenaan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana hal ehwal berkaitan agama Islam terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan polis amat menghormati bidang kuasa kerajaan negeri Selangor.

“Namun, seharusnya semua pihak tidak lagi memainkan isu sensitif seperti ini. Mereka yang terlibat perlu mematuhi titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan perintah mahkamah supaya tidak menggunakan kalimah Allah bagi orang bukan Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis perkahwinan Pegawai Khasnya, Azizul Hakim Abdul Aziz dengan pasangan, Nurfaraheeda Omar di Kampung Pekan Brisu, Lubok Cina di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew yang berkeras supaya gereja Katolik di Selangor menggunakan kalimah Allah dan bahasa Melayu dalam perhimpunan mingguan mereka.

Tegas Ahmad Zahid, soal agama tidak boleh dipolemikkan dan tidak seharusnya disiram dengan minyak yang akan menyemarakkan lagi api.

“Jangan ada tujuan yang tersembunyi, apabila sesuatu keputusan telah dilakukan untuk hal-hal tertentu, jangan lakukan tindakan provokasi.

“Seharusnya jika ada pihak persatuan atau pemimpin agama tidak puas hati dengan segala yang telah diputuskan itu, mereka perlu melalui proses undang-undang oleh pihak mahkamah,” tambah beliau.

Sementara itu ketika diminta mengulas tentang pihak yang terlibat dalam penganjuran Himpunan Guling Kerajaan pada 31 Disember lalu jelasnya, beliau dimaklumkan bahawa perhimpunan tersebut dianjurkan oleh individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tertentu.

Beliau turut tidak menolak kemungkinan individu atau NGO terlibat adalah daripada pihak propembangkang.

“Saya tidak berani tuduh tetapi tindakannya lebih ke arah itu,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140105/dn_08/Polis-ambil-tindakan-jika-diminta-JAIS—Zahid#ixzz2pXHGPErO
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s