Cubaan guling kerajaan tindakan subversif – Utusan Malaysia

Cubaan guling kerajaan tindakan subversif

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha

KUALA LUMPUR 30 Dis. – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar) menyifatkan cubaan pembangkang menggulingkan kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat dengan cara demonstrasi haram pada malam sambutan Tahun Baharu 2014 sebagai tindakan subversif.

Sehubungan itu beliau menegaskan, Kementerian Dalam Negeri tidak akan membenarkan budaya subversif politik ciptaan pembangkang daripada terus menular pada masa hadapan kerana keselamatan negara dan kepentingan rakyat terbanyak perlu diutamakan kerajaan.

“Atas dasar ini, Kementerian Dalam Negeri tidak akan berkompromi soal keselamatan rakyat terbanyak yang cuba diperjudikan pihak pembangkang melalui demonstrasi jalanan pada malam sambutan Tahun Baharu 2014, bertujuan mencetuskan suasana huru-hara.

“Jadilah pembangkang yang bertanggungjawab dan jangan cuba menangguk di air keruh. Mereka perlu hentikan segera budaya politik (subversif) ini. Hormati sistem demokrasi yang menjadi amalan negara kita,” katanya dalam kenyataan perutusan Tahun Baharu kementerian itu di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menggesa rakyat supaya menjadi masyarakat yang bertanggungjawab dan jangan membenarkan diri diperalat pihak pembangkang kerana sebarang ketidakpuasan hati terhadap kerajaan boleh disalurkan melalui jalan yang betul.

“Jadilah rakyat yang bertanggungjawab dan bersama-samalah kita memelihara nikmat keamanan tidak ternilai ini kerana kemajuan negara kita hanya akan tercapai jika keharmonian ini kekal. Jangan benarkan diri kita diperalatkan pihak tidak bertanggungjawab,” jelasnya.

Beliau seterusnya memberi jaminan bahawa Kementerian Dalam Negeri akan terus memperkasakan semua agensi di bawah kementerian itu bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan terbaik pada masa hadapan, khususnya dalam aspek keselamatan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131231/dn_04/Cubaan-guling-kerajaan-tindakan-subversif#ixzz2p3y40AE5
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s