Syiah akan didedah masa terdekat

Ahmad Zahid Hamidi

OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh: December 9, 2013

SHAH ALAM – Selepas menyatakan pemimpin “nombor dua Pas” pengikut ajaran Syiah pada Perhimpunan Agung Umno, hari ini Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan akan mendedahkan bukti kepada umum dalam masa terdekat.

Ahmad Zahid yang dipetik sebuah portal juga berkata, beliau akan tampil dengan bukti bagi mengesahkan dakwaannya itu walaupun bakal berhadapan tindakan undang-undang.

Walau tidak menamakan Mohamad Sabu sebagai “orang nombor dua” Pas yang didakwa mengamalkan ajaran Syiah, namun umum mengetahui, Mohamad Sabu yang memenangi semula jawatan timbalan presiden Pas digelar sebagai orang nombor dua parti.

Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu dalam reaksi awalnya terhadap kenyataan Ahmad Zahid juga mengatakan akan merujuk kepada peguamnya berhubung kenyataan itu.

Namun, Ahmad Zahid hari ini nekad tidak akan berganjak dengan kenyataan berhubung pemimpin nombor dua Pas adalah pengikut Syiah.

“Dalam Islam, kita tidak boleh mempunyai mazhab lain kerana ia akan menyebabkan perpecahan di kalangan masyarakat Islam.

“Saya melihat perkara ini dari sudut keselamatan. Saya tidak mahu apa yang berlaku (perang saudara) di negara lain juga berlaku di Malaysia,” katanya.

Mat Sabu yang dipetik Harakahdaily sebelum ini menyifatkan dakwaan Ahmad Zahid itu sebagai tuduhan berniat jahat.

“Saya tak dengar sendiri apa dia kata jadi kena bincang dengan peguam dulu… Saya Ahli Sunnah Wal Jama’ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama’ah,” katanya lagi.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/syiah-zahid-dedah-dalam-masa-terdekat-1.228895

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s