mStar Online : Kesederhanaan Sebagai Elemen Peneutral Satukan Ideologi Berbeza – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Konsep kesederhanaan boleh menjadi elemen peneutral dalam menyatukan ideologi berbeza yang diamal oleh negara di seluruh dunia, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden Umno, menyeru negara terbabit agar bersatu di bawah payung kesederhanaan dan menjauhi sistem ektremisme yang semakin menular.

“Ideologi berbeza yang diamal oleh negara berkenaan tidak semestinya bergerak secara selari. Sentiasa ada cara dan kaedah di mana kita boleh berbincang sebelum membuat keputusan untuk bertolak ansur,” katanya dalam majlis makan malam Forum Antarabangsa Umno sempena Perhimpunan Agung Umno 2013 di sini.

Antara tokoh politik terkemuka yang menghadiri forum dua hari itu ialah pemimpin Hamas Khalid Meshaal, calon presiden Indonesia dari Parti Golkar Aburizal Bakrie dan bekas Naib Presiden Kenya Stephen Kalonzo Musyoka.

Berkongsi kesederhanaan Malaysia dengan hadirin, Ahmad Zahid berkata konsep itu bukan sesuatu yang asing di negara ini kerana ia didokong oleh Bapa Kemerdekaan Malaysia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam usaha memerdekakan negara secara aman.

“Sejarah negara ini dibentuk terutama menerusi kerjasama dan perundingan berbanding keganasan serta pertumpahan darah. Ia dibentuk menerusi perjanjian damai berbanding konflik berdarah,” katanya.

Sehingga hari ini, Ahmad Zahid berkata pemimpin dan perunding Malaysia menggunakan konsep kesederhanaan bagi menyelesaikan sesuatu konflik.

Kerangka Perjanjian antara kerajaan Aquino dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang diatur Malaysia adalah bukti berhubung perkara ini, katanya.

“Konsep kesederhanaan tidak akan luput ditelan zaman,” katanya.

Beliau juga berpendapat kesederhanaan bukan milik eksklusif masyarakat barat sebaliknya ia bersifat universal.

Ahmad Zahid juga berkata Malaysia percaya prinsip kebebasan, toleransi dan kerjasama akan menjadi penyelamat komuniti global.

“Malaysia berpegang kepada prinsip setiap negara perlu diberi peluang menjadi arkitek dan menentukan nasib mereka sendiri.

“Bagaimanapun, arkitek itu tidak seharusnya menggunakan keganasan sebagai alat politik. Beliau juga tidak seharusnya mengagung-agungkan ekstremisme dengan mengorbankan kesederhanaan,” katanya. – BERNAMA

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/12/2/mstar_berita/20131202211330&sec=mstar_berita

Gambar program :

20131203-014448.jpg

20131203-014523.jpg

20131203-014649.jpg

20131203-014709.jpg

20131203-014810.jpg

20131203-014913.jpg

20131203-015025.jpg

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s