Majlis Perasmian Sekolah Agama Tarbiyah Husnul Khatimah Penjara Kluang oleh DYMM Sultan Johor

28 NOVEMBER 2013

20131129-232035.jpg

20131129-232110.jpg

20131129-232053.jpg

20131129-232124.jpg

Berita dan gambar Utusan Malaysia

20131129-232551.jpg
SULTAN Ibrahim Sultan Iskandar (tiga dari kiri) diiringi Ahmad Zahid Hamidi (dua dari kiri) merasmikan Sekolah Agama Tarbiyah Husnul Khatimah di Kompleks Penjara Kluang, Johor, semalam.

KLUANG 28 Nov. – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan merasmikan sekolah agama pertama di dalam penjara, Sekolah Agama Tarbiyah Husnul Khatimah di Kompleks Penjara Kluang, di sini.

Baginda tiba pada pukul 10 pagi dengan diiringi tiga puteranya, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim dan Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim.

Selepas menyampaikan titah perasmian dan menandatangani plak, Sultan Ibrahim dibawa melawat Sekolah Agama Tarbiyah Husnul Khatimah dengan diiringi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Turut mengiringi lawatan tersebut ialah Ketua Pengarah Penjara, Komisioner Jeneral Zulkifli Omar; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohamad Aziz, anggota Exco kerajaan negeri dan pegawai kanan penjara.

Sementara itu, Ahmad Zahid dalam ucapannya menjunjung kasih kepada Sultan Ibrahim kerana berkenan merasmikan sekolah agama tersebut.

Beliau berkata, perasmian itu amat signifikan bagi kerajaan kerana merupakan sekolah agama pertama diwujudkan di dalam kawasan penjara bagi membimbing banduan.

“Sekolah agama yang pertama ini akan menjadi perintis untuk pembinaan sekolah agama lain di penjara yang lain pada masa depan untuk membimbing banduan sebelum mereka dibebaskan.

“KDN ingin melihat banduan yang dahulunya masuk ke penjara dalam keadaan kurang didikan agama mampu menyambung pengajian mereka ke tahap yang lebih tinggi selepas ini,” katanya.

Beliau turut menjunjung kasih kepada Sultan Ibrahim kerana berkenan mengampunkan 10 banduan pada tahun lalu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131129/dn_05/Sultan-Johor-rasmi-sekolah-agama-pertama-di-penjara#ixzz2m34ggDbZ
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s